Sunday 7 May 2017

I'm Back after so long. Here you go dear!!!

Bab 5: Hati Si bebola Konkrit!

Putra memerhati Lulu di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya, Lulu sedang meletakkan bag pakaian ke dalam boot. Sebentar sahaja lagi mereka akan bertolak ke Pahang.
Sepanjang perjalanan Lulu lebih banyak mendiamkan diri, itu lebih baik. Lulu tidak mahu dia dan Putra menjadi mesra cukuplah sekadar hubungan bos dan pekerja. Putra pun tidak begitu banyak berbual, dia hanya bercakap tentang kerja bagi mengingatkan Lulu tentang kerja mereka disana.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam setengah hampir ke penghujungnya bila kereta Putra mula memasuki di sebuah hotel. Ketibaan mereka disambut oleh pengurus hotel ini sendiri, bag mereka dibawa masuk bersama oleh pekerja hotel.Mungkin Putra cukup terkenal,cuma aku je tak kenal dia masa pertama kali berjumpa. Teruknya kau lulu!

“Lulu ini Taufiq.” suara Putra membuatkan Lulu tersedar dari melayan perasaan.
“ hai..” Taufiq memandang tepat ke arah Lulu.
Lulu tersenyum tidak ikhlas, sikit pun dia tidak hairan dengan kehadiran Taufiq. Malah dia terus sahaja ke kaunter untuk mendapatkan kunci biliknya. Putra hanya memerhati, dia dapat merasakan ada sesuatu antara mereka.

Jantung Lulu sekali lagi berdegup laju, sungguh kuat perasaan ini bila bertemu dengan Taufiq. Ah, apalah yang ada pada lelaki ini sampai aku jadi begini. Aku cukup benci pada dia tapi hati aku masih ada rase sisa-sisa merinduinya.
“ ok, bro..aku gerak dulu. Nanti apa-apa just update je la” Taufiq ingin beredar tapi anak matanya masih mencuri memandang wajah Lulu. Tugasnya disini sudah selesai kini Putra akan mengambil alih.

Putra mendekati Lulu yang masih berada di kaunter, dia hanya memerhati wajah Lulu yang agak tegang.
“ awak ok? Dah kenal dengan Taufiq??”
“ none your business. Kita datang sini untuk bekerja. So we should focus on that”
Apabila dia sudah mendapatkan kunci, dia terus meninggalkan Putra yang masih tidak mengerti dengan situasi tadi.
Putra masih keliru apa yang sedang terjadi, mood Lulu berubah 360 darjah” secara tiba-tiba.
Syukur Putra memang seorang lelaki yang penyabar dam positif, dia fikir mungkin Lulu kepenatan yang membuatkan dia menjadi angin satu badan.


Pintu bilik Lulu di ketuk bertalu-talu, tidak ada tanda-tanda yang pintu akan di buka. Putra mula berasa pelik, kemana pulak Lulu pergi. Takkan sudah tidur, jam baru sahaja mencecah pukul930 malam. Putra terus berlalu, niatnya untuk makan malam bersama Lulu disimpan sahaja.Makan soranglah nampaknya Putra!

Putra terus berjalan memasuki café yang terdekat, tidak ada semangat untuk makan di tempat yang agak jauh, lainlah kalau ditemani Cik Lulu Asmara. Tanpa disedari ada sepasang mata sedang memerhati Putra yang sedang membuat pesanan makanan. Bibirnya mengukir senyuman bila sahaja pelayan itu beredar. Langkah di atur dengan penuh bergaya, banyak mata yang memerhati setiap kali dia melintasi sebelah meja.

Sementara menanti makanan yang dipesan sampai, mata Putra asyik melihat pemandangan malam dari tempat duduknya.
“Boleh I duduk?” sapa seseorang.
Putra memandang tubuh manusia didepan mejanya kini. belum sampai 5 saat pandangannya terus beralih ke tempat lain tanpa menjawab pertanyaan tadi.
“ thanks dear” Raihana dengan tak malu terus menarik bangku didepan Putra.
“ kita jumpa jugak. Bercuti atau urusan kerja?” Raihana terus mencari perhatian Putra.
“ You dah berjalan cuci mata? Kalau belum I boleh bawak, kalau you nak tahu dekat sini..” belum sempat Raihana menghabiskan ayatnya Putra terus bangun dan berlalu meninggalkan Raihana yang terpinga-pinga dengan tindakan Putra.

“ Syed Arman, tunggu..” Raihana turut bangun untuk mengejar Putra yang sudah pun keluar selepas membayar bil pada makanan yang tak sempat dijamah.
“ Arman wait for me!” Raihana terkedek-kedek mengejar Putra dengan kasut tinggi yang dipakainya.

Telinga Putra mula panas setiap kali Raihana memanggil-manggil namanya. Langkah dihentikan, dia menanti Raihana yang masih tergedik gedik berjalan mendekatinya.

“ Arman..” Raihana tercungap-cungap.
“ apa yang kau nak dari aku??” Putra terus menyoal.
“ kenapa ni sayang, I cuma nak borak dengan you. Lama kita tak jumpa kan?” Raihana cuba memainkan watak baiknya.
“ aku takde benda nak bercakap dengan kau.” Cukup malas Putra hendak melayan Raihana. Matanya liar melihat sekeliling mencari ruang untuk lari dari perempuan didepannya ini.

“ kenapa dengan you ni, tak baik buat I macam ni” Raihana tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Selama ini cukup susah untuk berjumpa dengan Putra, dia pasti dapat melarikan diri.
Percakapan Raihana langsung tidak masuk ke telinga, matanya terlihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Putra terus melangkah meninggalkan Raihana yang sedang rancak mengatur ayat manis.

Laju langkah Putra mendekati tubuh manusia yang sedang berdiri menikmati udara malam.
“ Lulu?” Putra perlu pastikan dia tidak salah orang.
“eh, Encik Arman?” Lulu menoleh pada suara yang memanggilnya.
“ buat apa kat sini?” Putra terus menyoal.
“ saya..” belum sempat ayat Lulu diteruskan Raihana sudah berdiri disebelah Putra.
“ Arman ni..” Raihana mula melihat Lulu dari bawah sampai ke atas.
“ ini bakal isteri I” terus dicapai tangan Lulu dan di genggam erat.
“what???” wajah Raihan benar-benar terperanjat.
Lulu turut terkaku mendengar pengakuan Putra. Dipandang wajah Putra meminta penjelasan,Lulu ingin membuka mulut tapi Putra lebih pantas bertindak dengan merangkul kemas pinggangnya.
Melihat kelakuan Putra membuatkan Raihana sungguh tidak berpuas hati. Bagai dihentak batu diatas kepala bila melihat buat kali pertama Putra menyentuh seorang perempuan.
“ tunggu nasib you!” Raihana terus berjalan meninggalkan Putra dan Lulu.
“ ishh! Lepaslah, apa semua ni??”
“ maaf, saya tak larat nak layan si Raihana tu”
“ tak kisahlah Raihana ke banana ke apa yang awak cakap tadi? so saya jadi mangsa sekarang ni?”
“ sorry ok, by the way awak buat apa dekat sini sorang? Saya ingat awak tido,sebab banyak kali saya ketuk pintu bilik.” Putra sudah mengubah topik perbualan diantara mereka.
“ saya jalan ambik angin, bosan duduk bilik” muka Lulu mula tenang.
“ oh.. awak dah makan? Jom kita makan sama”
“ saya tak rasa nak makan, saya naik bilik dulu”
“ Lulu, please teman saya makan”
Lulu merenung kosong wajah Putra, dia tidak tahu hendak memberi alasan apa pada Putra. Perlukah dia menemani Putra atau pun tidak. Argh! dia tak suka semua ni.
Tanpa menunggu lama Putra terus menarik lengan Lulu. Dia terus berjalan membawa Lulu ke sebuah restaurant yang berdekatan.
“ kenapa paksa-paksa orang ni..tak suka la” Lulu mula rasa marah pada Putra.
“ kita dah sampai dah pun” Putra terus mencari tempat untuk mereka duduk.
“ lepaslah..apa ni main tarik-tarik. Tak suka la”
“duduk” tegas suara Putra meminta Lulu duduk.
“ saya takkan paksa awak makan, cuma temankan saya pun dah ok.”
Putra terus membelek-belek buku menu,sesungguhnya ulat perutnya sudah menyanyi meminta untuk di isi sesuatu.
 Lulu hanya duduk memerhati sekeliling,tidak tahu hendak buat apa sementara menunggu Putra menghabiskan makanannya. Kalau ikutkan mata, dia sudah pun mula berasa mengantuk, bantal..rindunya aku pada bantal.

Putra perasan perubahan Lulu yang sudah terhangguk-hangguk, tapi dia sengaja melambatkan-lambatkan baki nasi goreng di pinggan. Bukan senang nak duduk berdua dengan Lulu, kesempatan ini harus di gunakan sebaik mungkin.

“Awak..” Putra mula bersuara.
“Hmm..?”Lulu memandang pelik Putra yang tiba-tiba bersuara.
“ awak mengantok?”
“ sikit..takpelah habiskan nasi tu”
“saya dah habis, jom?”
Selesai membayar,Putra mendapatkan Lulu yang menantinya dia ruang depan restaurant.
“should we?”
“Encik naik dulu ye, saya nak ambik angin. Selamat malam. Assalammualaikum”
Putra kehairanan melihat Lulu berjalan meninggalkannya.” Bukan tadi dia dah mengantuk ke?” Putra bertanya pada diri sendiri.

Sikit pun Lulu tidak menoleh kepada Putra yang di tinggal dibelakang. Dia ingin menyambung kembali aktiviti mengambil angin yang terganggu tadi.

Betapa tenangnya jiwa bila dapat menikmati suasana malam tanpa gangguan bunyi. Ditambah pula angin malam yang sejuk membuatkan Lulu berpeluk tubuh berjalan meniti laluan khas untuk pengunjung di sini.

“sabar ye” Nurul cuba menenangkan Lulu yang sedang menangis, hatinya begitu hancur dengan kelakuan Taufiq. Ibarat perasaan dan maruahnya dipijak-pijak dengan begitu mudah.
“sikit pun dia tak pandang aku Nurul”
Nurul hanya mampu mengeleng. Ya, dia melihat segalanya, Taufiq tidak langsung memandang wajah Lulu ketika mereka memulangkan barang Taufiq.
Bukan itu sahaja, dua hari lepas Nurul dan Lulu ada berselisih dengan Taufiq di fakulti. tetapi Taufiq sikit pun tidak memandang  hanya Intan yang menjeling kearah mereka.
Nurul menjadi saksi sebentar tadi, ketika Lulu menghulurkan barang Taufiq, dia pasti Lulu cuba ingin mendapatkan penjelasan dari mulut Taufiq tapi hampa. Taufiq melihat ke tempat lain tanpa mengendahkan Lulu. Kawan baiknya itu diperlakukan seperti insan yang cukup hina dimata Taufiq. Ke mana entah mata yang pernah bercahaya dengan cinta dan kasih sayang yang dimiliki Taufiq.
“Nurul aku merana” Lulu berbisik pada dirinya sendiri. Kenangan itu tidak pernah hilang dari hati dan kotak pemikirannya.
Airmata Lulu jatuh dipipi tanpa dipinta,cepat-cepat dia mengesat kerana baginya dia tak nak menangis untuk lelaki seperti itu lagi!

“awak…” suara garau itu cukup dekat dicuping telinga Lulu.
Apabila Lulu menoleh dia melihat Putra elok sahaja berdiri di sebelahnya. Sudah lamakah Putra disini???
“ macam mana encik ada dekat sini? Eh, maksud saya apa encik buat disini?” Lulu sudah mengelabah takut Putra perasan yang matanya masih berair.
“ saya risau pasal awak..” perlahan sahaja suara Putra seperti berbisik saja bunyinya.
Mata Putra merenung tajam Lulu yang masih kebisuan apabila mendengar jawapan Putra.
Senyap….dan senyap….
“arghh…kenapa masing-masing diam pulak ni” Lulu merungut di dalam hati.
“awak perempuan, bahaya jalan sorang-sorang” akhirnya Putra bersuara.
“owh..da biasa”
Lulu terus berjalan meninggalkan Putra di belakang sekali lagi.

“keras mana pun seorang wanita pasti ade sesuatu yang dapat melembutkan hatinya” Putra berkata-kata pada dirinya ketika melihat Lulu terus melangkah dan semakin jauh meninggalkannya.