Thursday 1 November 2012

Sekali dapat!… : Bab 11


Petang itu, suasana agak tenang dengan angin yang berlalu menyentuh pipi seseorang. Aryani tersenyum dia suka akan cuaca seperti ini,tidak terlalu panas dan berangin. Apabila mendapat kesempatan seperti ini, dia akan cuba mencari ketenangan jiwa. Hari ini sungguh terasa aman dengan ketiadaan Karl. Atas urusan kerja di sabah, karl tidak akan balik untuk dua tiga hari. Jeng..jeng inilah saat yang ditunggu Aryani.
 

Aryani sedar masalah hidup dia kini, perkahwinan atas dasar kertas tidak pernah di impikan selama ini. Tapi apa yang dia hanya mampu buat adalah terima dengan redha, bukan dia tidak pernah berfikir untuk meminta cerai apabila tempoh perkahwinan genap 6 bulan. Hasrat itu disimpan jauh didalam hati, bagai ditelan mati mak di luah mati anak. Bila difikirkan sengsara bersama Karl dia nekad untuk meminta cerai tapi apabila terbayangkan wajah Puan Seri Aisyah semuanya jadi tak keruan.

Di satu ketika Aryani mengeluh dengan keadaan dirinya,bukan tidak pernah berbincang tapi Aryani pernah mengambil keputusan berani mati dengan meluahkan pada Karl yang dia ingin bercerai. Reaksi Karl hanya diam membisu, bertambah-tambah sakit hati apabila Karl hanya tersenyum sinis. Kadang-kadang takut juga memikirkan kata-kata Karl “ tak mudah aku akan lepaskan kau!” bukan itu sahaja ni lagi cuak “ nak aku cukupkan segala nafkah??” err…sejak itu, Aryani tidak pernah membuka topik cerai lagi.
 

Lamunan Aryani terganggu dengan bunyi handphone, dia terus mengangkat panggilan itu apabila tertera nama ‘mak’.
 

“ assalammualaikum..ye mak” Aryani memberi salam.

15 minit kemudian…
 
Aryani meletakkan handphone nya di meja. Dia termenung jauh,sesungguhnya dugaan hidupnya semakin berat. Ya allah kau kuatkan lah semangat hambamu ini dan permudahkan lah segalanya.
 

Panggilan mak yang meminta pertolongan duit tidak memeranjatkan Aryani, tetapi apa yang dia tidak boleh terima adalah jumlah yang diminta mak bukannya sedikit. Hutang lintah darat yang dibuat oleh Along dan Angah berjumlah hampir RM100ribu bukan sedikit. Semuanya gila!
 

Sayu hatinya mendengar tangisan mak, walaupun dia tidak pernah mendapat layanan sebaik abang-abangnya dapat, Aryani sungguh sayangkan mak. Permintaan arwah Baba untuk menjaga mak sampai sekarang di taati. Sampai hati along dan angah tinggalkan mak seorang diri dan menanggung segalanya. Hatinya semakin tidak keruan apabila mak menceritakan yang lintah darat datang kerumah dan sering menggangu mak selagi hutang mereka tidak dibayar. Aryani takut mak akan di apa-apakan. Ya! dia perlu mencari ikhtiar untuk membayar semua hutang itu. Tapi bagaimana??....
 

Sudah dua tiga hari Aryani hanya duduk diam didalam bilik, balik sahaja dari kerja dia terus mengunci diri dalam bilik. Hal Karl sudah tidak dipedulikan, apa yang lebih penting adalah keselamatan mak. Aryani menanggung beban seorang diri, dia tidak ada sesiapa untuk mengadu nasib walaupun mempunyai suami.


Sikap Aryani yang banyak membuat hal sendiri disedari Karl, dia ingin tahu kenapa Aryani berubah selepas dia pulang dari Sabah tempoh hari. Tak sihat ke? Melonjak-lonjak hati Karl ingin tahu tapi apakan daya kerana ego lebih menguasai diri dia berpura-pura tidak mengambil tahu.

 
Karl sedang menonton televisyen seorang diri, fokusnya terhadap cerita hilang apabila melihat Aryani keluar dari bilik. Diperhati Aryani yang berjalan ke dapur, Karl turut bangun menuju ke dapur. Aryani yang sedang membancuh milo diperhatikan tanpa berkelip. Karl terus membuka peti ais apabila Aryani berjalan untuk masuk kebilik semula. Cover line dengan mengambil jus untuk di minum, Karl bertambah pelik dengan sikap Aryani. Boleh Aryani buat tak tahu dan berlalu seolah-olah dia tidak wujud?? Kalau dulu mesti ada je soalan seperti awak nak minum? Dah makan?..


Usai solat subuh, Aryani terus bersiap ke pejabat. Malas hendak bertembung dengan Karl, cukuplah beban di fikirannya mengenai hal mak,tak nak ditambah dengan masalah Karl.

Karl tercari-cari kelibat Aryani, sungguh dia tidak puas hati dengan sikap Aryani sekarang. Langsung tidak mempedulikan dia dan semakin cuba menjauhkan diri darinya.

Egokah aku?? Karl bersoal jawab dengan diri sendiri. Dia akui dia memang tidak pernah memberi layanan baik pada Aryani, tetapi apabila Aryani buat dia seperti tidak wujud sungguh tidak boleh diterima.


Jiwa Karl terasa kosong apabila Aryani semakin menjauhinya…itulah hakikat yang sebenar…

Aryani mendapat panggilan dari Puan Seri Aisyah untuk makan tengahari bersama. Semakin hari Puan Seri Aisyah semakin selesa dan sayangkn Aryani. Bila ada masa kelapangan pasti Aryani dihubungi untuk berjumpa.

 

Hari ini Aryani berasa tidak ingin berjumpa dengan mama kerana takut keadaan dirinya yang sedang dilanda masalah dapat dihidu mertuanya. Tapi alasan apa harus di beri??

Apa pula kata mama, selama ini aku tidak pernah menolak pelawaan mama. Kalau hendak bagi alasan kerja takut mama akan bertanya pada papa. Lain pulak yang jadi kalau kantoi. Akhirnya nak atau tidak terpaksa juga berjumpa, pandai lah dia berselindung nanti.

 
 
“ tak sedap ke nasi ayam tu?” Puan Seri Aisyah memandang menantunya yang dari tadi hanya menguis nasi dipinggan.

“takdela, sedap je..” aryani cepat-cepat menyuap nasi ke mulut.

“yeke..dari tadi mama tengok tak bergerak pun nasi tu, are you ok dear?” risau Puan Seri Aisyah dengan tingkah laku Aryani yang pelik hari ini.

“yes! I’m ok” aryani terpaksa memberi senyuman. Dia cuba untuk berlakon seperti biasa, tapi hati ni tidak mampu berbuat demikian.
 

Puan Seri Aisyah tidak senang melihat perangai Aryani, hati ibu yang ada pada dirinya dapat merasakan Aryani sedang sembunyikan sesuatu. Karl buat perangai ke??
 

“Aryani, please talk to me..Karl buat Aryani ke?” tanpa berselindung Puan Seri terus menyoal.
 

“eh, takde lah..Karl layan Aryani ok je..dia sayangkan Aryani. Betul ma..takde apa-apa”
 

“kalau macam tu, Aryani tak sihat? Dah berisi ke??” soalan cepu emas!

“ err..takdelah,mama ni kesitu pulak, kalau ada mamalah orang pertama yang tahu” Aryani cuba mengalih perhatian mertuanya.
 

Puan Seri senyum, geli hati bila melihat Aryani malu dengan soalannya tadi. Kerana masih tidak ada jawapan Puan Seri Aisyah belum berpuas hati. Dia terus mendesak Aryani membuka cerita.
 

Aryani tidak senang duduk, bila mama terus mendesak supaya dia bercerita. Airmata yang ditahan dari tadi mengalir tanpa dipinta. Aryani terpaksa meluahkan juga, kerana tidak mampu menanggung beban seorang diri. Dia perlu luahkan pada seseorang, cukup tersiksa apabila dipendam sendiri.
 

Walaupun mulutnya terasa berat untuk memulakan kata, dipaksa jua menyebut satu-persatu perkataan untuk mula berbicara. Di dalam sendu yang masih ada, dia terus meluahkan masalah yang di tanggungnya. Hampir segalanya di ceritakan, terasa lega di dada pabila tiada lagi beban disimpan.Aryani mohon pada mama agar tidak menceritakan pada Karl, atas alasan dia tidak mahu Karl susah hati, biarlah dia selesaikan sendiri hal keluarganya.
 

Pada awalnya Puan Seri Aisyah rasa berat untuk berjanji tidak memberitahu pada Karl tapi kasihan melihat Aryani beriya-iya merayu dia akur dengan syarat membenarkan dia membantu Aryani jika tidak dia akan memberitahu Karl hal ini.
 

Aryani merenung kertas ditangannya, angka yang tertera pada atas cek yang ditulis oleh mama sebelum menyerahkan kepadanya sebelum pulang tadi. Kasihan pada mak mertuanya, terpaksa menghabiskan wang berjumlah beratus ribu untuk abang-abangnya yang tidak bertanggungjawab itu.

 

Perlu ke aku tunai kan cek tersebut dan selesaikan segala hutang secepat mungkin?? Atau hanya simpan dan mencari ikhtiar lain sebelum mengambil jalan mudah ini. Aryani masih bingung, bukan dia tidak berterima kasih dengan pertolongan mama tapi dia tak nak satu hari nanti Karl menganggap dia cuba mengambil kesempatan. Sampai bila perkara ini dia boleh rahsiakan, di satu saat akan diketahui juga.
 

Otak Aryani tidak boleh berfikir, dia terus mengambil keputusan untuk tunai kan cek yang diberi mama. Lantas diselit cek kedalam diari, dan terus keluar dari pejabat. Keluar sahaja dari lif, Aryani melangkah dengan pantas kerana takut tidak sempat ke bank dan menyelesaikan segala-galanya.
 

Karl yang sedang melangkah masuk di ruang lobi terpandang Aryani yang berselisih denganya. Kerana jiwa nya yang sedang kacau, fikiran Aryani melayang jauh entah kemana sehingga tidak perasan akan Karl. Mata Karl berkerut dengan sikap Aryani, terasa hilang sabar  dalam dirinya apabila Aryani seolah-olah mencabar kelakiannya iaitu rasa hormat sebagai suami!! Sejak bila Karl berperasaan macam ni?? Musykil..musykil…
 

Karl terus merentap lengan Aryani dan kerana kelakuan Karl itu, diari Aryani jatuh ke lantai. Aryani kaget, dia terus memandang Karl yang berdiri di hadapannya. Matanya beralih ke bawah. Segala kertas yang diselit pada diari sudah bersepah di lantai. Aryani segera menunduk untuk mengutip kertas yang bertaburan, Karl turut sama apabila sedar dia penyebabnya.

“awak nak apa sampai tarik lengan saya macam tu? Panggil nama saya pun dah cukup” Aryani mula bersuara tidak puas hati.

 Karl diam dan terus mengambil kertas di kakinya, dia terkedu melihat cek yang tertera nama Aryani dan tanda tangan itu….mama??
 

Karl terus berdiri dan memandang Aryani tajam, dia memusingkan cek kepada Aryani seperti nak bagi tahu. ‘apa ni???’

 Aryani semakin cuak..jantungnya berdengup kencang. Apa patut dia buat sekarang ni? Rasa macam nak lari sejauh mungkin. Tolong!
 

Aryani tunduk tidak berani memandang Karl yang dah macam singa kelaparan.

 “ kenapa mama bagi kau cek ni?!” suara karl sangat tegang.
 

“err..sebenarnya..”aryani tergagap-gagap.

“eh perempuan! Kau ni memang suka ambik kesempatankan? Apa yang kau dah kelentong mama aku sampai banyak ni mama aku bagi kau???!!! Suara Karl bergema di setiap ruang.

Kini semua mata yang berada di lobi memandang mereka berdua.
 

“eh jawab lah! Yang kau diam macam patung ni kenapa?!! Takut? Sebab aku dapat tahu sebelum kau berjaya makan duit ni??” Karl berterusan melemparkan tuduhan.
 

Aryani memandang orang di sekeliling, dia terdengar bisikkan yang mula bercakap buruk tentang nya. Mukanya sungguh tebal, malu!
 

“kau ni memang perempuan murahan!” karl terus menghina Aryani.

Airmata Aryani terus mengalir,sungguh perit apa yang dilalui sekarang. Karl langsung tidak beri peluang padanya. Perlukah Karl terus menyoal di sini? Sepatutnya Karl tarik aku dan berbincang di satu tempat yang sesuai. Bukan begini caranya Karl..hati Aryani meruntun sedih..
 

“dah banyak kali aku pesan, kau jangan pernah cuba ambik kesempatan atas kebaikan mama dan papa aku. Teruk nasib kau aku kerja kan nanti!” Karl melepaskan marah tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
 

“aa..awak..orang tengok kita..saya boleh terang kan..tapi bukan di depan orang macam ni..please!” Aryani merayu pada Karl.

“kenapa malu?? Biar semua orang tahu perangai perempuan macam kau ni, masa mintak duit tak malu??” Karl bersuara sindir dengan rayuan Aryani.

 
Karl melihat orang di sekeliling, “ dengar sini! Perempuan ni cuba tipu duit mama aku! Bukan sikit..beratus ribu!” tanpa berfikir panjang Karl menuduh Aryani.
 

Aryani terus menangis,sudah tak tertahan malu. Sampai hati Karl buat dia macam ni, aku kan isteri dia. Dia tidak patut!

Aryani terus mencapai bag dan lari dari situ. Cukuplah maki hamun dan hinaan yang diterima. Hatinya kini benar-benar terluka.
 

Karl menjerit nama Aryani, tapi Aryani sikit pun tidak mempedulikannya. Dia cuba mengejar tapi Aryani lebih pantas hilang kemana.
 

Karl meraup mukanya dengan tapak tangan, dia berasa bersalah dan menyesal dengan sikapnya yang melampau. Berdosakah aku pada Aryani?

Telefon dimeja bordering, menganggu Karl yang terasa ingin bersendirian.


“helo” Karl bersuara lemah.

“ mama nak jumpa di rumah sekarang” suara Puan Sri tegas di corong telefon. 

Trutt…talian diputuskan.

Karl bingung, dia pasti cerita kejadian dilobi sudah sampai ke telinga mamanya.
 

Puan Sri Aisyah sedih mengenangkan nasib menantunya Aryani. Tidak sampai hati ibunya mendengar cerita yang didengarinya. Dia perlu dengar dari mulut Karl sendiri dan Karl perlu tahu segala-galanya. Puan Sri sempat menelefon Tan Sri dan meceritakan segala-galanya. Tan sri turut dalam perjalanan pulang untuk bersua muka dengan Karl.
  

Karl tiba dirumah orang tuanya, dia baru ingin membuka pintu untuk masuk tapi wajah mama yang sayu sudah kelihatan di sebalik pintu. Dia melihat papa turut ada bersama, bukankah papa ada meeting di luar? Penting sangatkah hal Aryani sampai papa sanggup berkorban untuknya?
 

“ok listen first..Karl marah Aryani tadi sebab Karl tak suka dia tipu atau ambik kesempatan pada mama dan papa” Karl terus menerangkan tanpa dipinta.

Papa dan mama Karl terus memandang Karl sepi tanpa ada tindak balas.
 

“nanti hilanglah merajuk dia..dia kan isteri Karl” Karl cuba menyejukkan keadaan.


“Karl maki hamun Aryani di depan orang ramai kerana cek yang diberi mama, betul atau tidak?” Puan Sri tiba-tiba menyoal.
 

Karl angguk lemah..” Karl hilang sabar dengan sikap Aryani yang suka ambik kesempatan, suka buat fitnah, penting kan diri…dia dan Natalie sama je”
 

“no! Aryani tidak sama macam Natalie! Karl silap!” Puan Sri Aisyah meninggi suara, sudah hilang sabar dengan sikap Karl.
 

“ma! Kenapa ma menyebelahi Aryani, mama tak tahu sikap dia yang sebenar” Karl sungguh tidak puas hati.
 

“Karl Iskandar! Kenapa dengan kamu ni hah?? Papa tak pernah ajar kamu berdendam dan layan seorang perempuan macam tu?? Lupa ke kamu yang Aryani itu isteri kamu yang sah!” Tan Sri tidak boleh terima sikap anak laki tunggalnya yang semakin melampau.
 

“ kami bukan membela Aryani, tapi kamu sudah salah sangka dengan Aryani selama ini, itu yang kami cuba paham kan kamu sekarang” Tan Sri terus bersuara.


“Karl patut bertanya pada mama dahulu, kenapa mama beri cek kepada Aryani, bukan memalukan dia pada orang di pejabat” sayu suara Puan Sri.

Karl tunduk kerana apa yang dicakap mama itu benar, dia patut bertanya pada mama bukan terus menuduh Aryani.


Puan Sri mengelap airmata yang mengalir dipipi, dia memandang suaminya kini.

“saya nak abang ceritakan segala-galanya pada Karl pada hari ini”
 

Karl terpinga-pinga dengan maksud mama. Ada rahsia yang tidak diketahui diri nya selama ini.

 
“Karl semua tuduhan yang kamu buat pada Aryani dan tanggapan kamu selama ini memang salah” Puan Sri memulakan kata apabila wajah Karl seolah ada persoalan yang tidak diluahkan.


Karl ternanti-nanti papa memulakan bicara..Tan Sri menarik nafas sebelum memulakan kata-kata.


5 comments:

  1. yes....akhirnya kebenaran akan terlerai jugak... Karl padan muka dengan kau....... menyesal tak sudah kau selepas ini... Aryani jangan tunjuk kasih pada dia.....Karl memang melampau... suami sepatutnya menjaga maruah isteri bukannya mencemarkan maruahnya.....kalau karl ada depan saya, memang lelaki itu saya akan terajang....

    ReplyDelete
  2. hai elvy :)
    thanks for comment and follow this novel..yup, Karl xptt macam tu..apa pun sabar ya..pls wait for next n3 :D

    ReplyDelete
  3. manggis bila akan ada next episode???? i waiting....

    ReplyDelete
  4. Salam, tak sabar nak baca next n3..

    ReplyDelete