Thursday 1 November 2012

Hati Si bebola Konkrit ~~


Prolog :

Tempat ini pernah menjadi saksi kisah cinta kita. Kasih sayang yang kita semai bersama, kebahagiaan yang kita pernah kecapi dan jerit perih kita mengharungi hubungan kita. Tapi semuanya sudah berlalu dengan sekelip mata sahaja. Tapi aku masih disini cuma kini aku hanya seorang diri tanpa kau disisi.

5 tahun yang lalu….

“awak, saya nak mintak maaf dengan awak sebab saya dah tipu persahabatan kita selama ni. Sebenarnya kita dah suka dengan awak. Kita harap awak boleh terima kita sebagai kawan istimewa dalam hidup awak” Lulu membaca mesej yang dihantar Taufiq, dia tidak sangkaTaufiq akan menaruh perasaan terhadapnya. Mereka berkenalan sejak Lulu menyambung pengajian Ijazah dalam bidang perakaunan di Universiti. Kini mereka sudah masuk tahun yang ketiga.

Lulu mati akal untuk balas mesej Taufiq, macam mana dia nak berhadapan dengan Taufiq malam nanti. Seperti biasa setiap malam mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan yang lain untuk mengulangkaji pelajaran.  Setelah beberapa kali di taip dan padam akhirnya Lulu yakin ayat yang terakhir di susun tidak akan menguris  perasaan Taufiq.

“saya dah agak. Ingat apa saya pernah cakap yang seorang lelaki dan perempuan tak mungkin menjadi sahabat rapat selamanya. Kerana di satu saat akan lahir perasaan seperti awak sekarang. Saya tidak niat melukakan hati  awak tapi beri lah  saya masa untuk berfikir.” Lulu menekan punat send.

Lulu mengeluh dengan situasi sekarang, jikalau boleh dia mahu jauhkan diri dari terlibat dengan soal hati dan perasaan. Kenapa Taufiq boleh jatuh hati padanya, kalau di lihat ramai perempuan tergila-gilakanTaufiq. Kemana sahaja Taufiq pergi ada sahaja budak perempuan akan menyendeng bersebelahan Taufiq. Teringat peristiwa di kafe, ketika Taufiq duduk lepak bersama aku, budak perempuan yang di gelar ‘Baby’ datang mengedik-ngedik dengan Taufiq. Aku terus bangun kerana tidak selesa melihat free show yang si Baby itu cuba mngorat Taufiq. Argh! betul-betul nak cari perhatian!

Satu mesej baru di terima…Lulu menekan butang baca.

“ baik, kita bagi awak masa..tapi kita harap awak terima kita. Anyway, jangan lupa malam ni group ulangkaji, pukul9.00 di kafe. Jumpa malam nanti.Fikirkan la lamaran kita tadi”

Lulu meletakkan telefon di meja, dia terus berjalan kearah balkoni melihat langit yang luas terbentang.Bila jiwanya terasa kacau, Lulu lebih selesa mencari ketenangan dengan melihat langit yang terbentang luas.Ya allah..besarnya kuasa yang Maha Esa.

Selepas solat isyak, Lulu bersiap untuk turun ke kafe seperti biasa. dia sudah bersedia untuk bersemuka denganTaufiq.  “Lulu cool, buat macam biasa je..macam takde apa-apa…” Lulu berkata pada diri sendiri supaya dapat menghilang sedikit rasa gugup untuk berjumpa dengan Taufiq sebentar lagi.

Langkah yang di atur terasa begitu perlahan memasuki kawasan kafe, mata Lulu liar mencari kedudukan geng-geng studynya. Matanya tertacap pada Nurul yang melambaikan tangan yang kedudukankan agak di hujung dari Lulu berdiri. Sebaris gigi arnab kelihatan bila Nurul melemparkan senyuman, Lulu menarik kerusi dihadapan dan membalas senyuman Nurul.

“Lulu, kau dah cuba buat soalan akaun yang ni?’ Nurul menunjukan soalan di buku rujukan. Lulu menyelak bukunya untuk mencari mukasurat yang sama.

“yang ni aku dah buat, agak complicated jugak kalau tak di pahamkan betul-betul.” Pandangnya di alih pada Nurul yang seakan-akan tidak memberi perhatian dengan percakapannya.

“kau cari siapa ni?” lulu tanya tidak puas hati.

“tak la..kenapa kita dua je? mana yang lain?” Nurul masih memerhati kiri dan kanannya. “ hah, sampai pun”

Taufiq duduk bersebelahan Nurul, dan matanya memandang Lulu yang sedang membaca buku rujukan.

“hai..” Taufiq sengaja menarik perhatian Lulu seolah memberitahu ‘ eh, kita kat sini dah la’

Lulu hanya membalas dengan senyuman dan terus membuat kira-kira untuk latihan tadi.

“ aku lapar la, jom la makan dulu” Nurul mengosok-gosok perutnya yang tak rupa perut tu. Mana taknya kurus kerempeng je.

“ nah kau pergi beli, aku nak mee goreng” taufiq menghulurkan duit.

“eh, kenapa aku kena belikan untuk kau pulak?” Nurul memandang pelik Taufiq.

“ ala, bukan selalu..pergi la cepat aku nak duduk berdua dengan Lulu” Taufiq dengan selamba mengeluarkan statement yang membuat Lulu dan nurul berpandangan sesama sendiri.

Nurul senyum penuh makna seperti mengerti apa yang tersirat antaraTaufiq dan Lulu. Dengan semangat nurul bangun dan mengenyit mata pada Lulu.

“buat latihan akaun ke tu?” Taufiq memulakan perbualan.

“a’ah..tak siap lagi” Lulu masih meneruskan kiraan akaunnya. Taufiq terus bangun dan beralih duduk di sebelah Lulu. Dengup jantung Lulu semakin bergetar laju bila Taufiq duduk rapat bersebelahan dengannya.

Terasa wajah Taufiq dekat di tepi kerana duk sibuk melihat Lulu membuat kiraan dengan kalkulator. Isshh..sengaja ke apa ni??

“okeh makanan sudah sampai..” Nurul meletakkan pingan di atas meja dan Lulu mengemas buku supaya ada ruang untuk mereka makan.

Suasana di kafe sangat bising dengan suara televisyen yang menayangkan siaran langsung sukan bola sepak . Ramai pelajar yang melepak dan berdating. Inilah satu-satunya kafe yang dekat dengan hostel, justeru itu ianya menjadi tempat hala tuju untuk pelajar yang tinggal di kampus.

Nurul menikmati makan malamnya tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Taufiq turut sama, hanya Lulu yang duduk termenung melihat gelagat orang yang berada di kafe. Sesekali matanya mencuri pandang Taufiq yang sedang menjamu selera di sebelahnya. Kenapa entah malam ini dia tidak berselera untuk makan.

Selesai makan, mereka memulakan ulangkaji pelajaran bersama. Malam ini tidak ramai yang hadir hanya mereka berempat termasuk Azrul a.k.a Sinchan. Kalau nak tahu kenapa si Azrul ni di gelar Sinchan?? Sebab muka dia dah macam ala-ala kartun Sinchan lepas tu dengan perangai dia yang nampak je pendiam tapi boleh tahan nakal jugak sebenarnya. Siapa lagi yang gelar dia macam tu kalau bukan Lulu..hehehe..

Lulu hilang fokus untuk belajar, perasaannya mula tidak selesa apabila Taufiq duduk agak rapat disebelahnya. Pada awalnya Lulu buat tak kisah, tapi Taufiq macam sengaja aje. Ada sahaja peluang yang dicari untuk mendekati Lulu, sedang Lulu memandang Nurul buat kira-kira dengan secara tiba-tiba Taufiq mencucuk pinggang Lulu. Hah ni la pantang Lulu, bukan sebab melatah tapi dia akan mudah rasa geli dan nak gelak je tak pun tersengih-sengih. Mula la deria geli dia terpasang, dah macam butang on off la kiranya.

 Argh! ni yang aku tak suka ni, Taufiq ni memang cari pasal dengan aku malam ni. Lulu mula memaki-maki Taufiq dalam hati.

“please stop it..kejap lagi aku hilang sabar nanti” amaran pertama Lulu pada Taufiq.

Nurul memandang Taufiq dengan memberi isyarat supaya menghentikan perlakuannya, lebih kurang macam ni lah bunyinya kalau dia berdialog ‘hei, Taufiq kalau si Lulu ni dah hilang sabar, tak sia-sia usaha kau nak mintak pelempang percuma’

Lulu ingin menepis tangan Taufiq yang dari tadi asyik  mencucuk-cucuk pinggangnya, tapi tindak balas dari Taufiq benar-benar mengejutkan Lulu. Dengan pantas jari-jari Taufiq mengenggam erat tangan kanan Lulu dan terus di bawa ke bawah meja supaya tidak ada sesiapa perasan. Lulu tersentap!

Lulu cuba menarik tangannya, tapi genggaman Taufiq lebih kuat. “macam mana ni..macam mana ni…” hati Lulu dah mula kacau.

Nurul merenung Lulu yang tiba-tiba sahaja membekukan diri, Nurul mengangkat kening apabila Lulu memberi isyarat dengan membutangkan mata. Nurul kurang faham tapi dia terpaksa melakukan sesuatu…’ nak buat apa ni…’
Hah! Idea!

“Lulu tengok soalan ni, tolong ajar kejap” Nurul menghulurkan pen kepada Lulu. Dan di saat itu Lulu menarik tangan kanannya dari Taufiq.

Berjaya jugak plan Nurul itu dan Taufiq memandang Lulu tidak puas hati.

Hampir 3 jam mereka melepak di kafe, akhirnya masing-masing sudah hilang mood hendak study. Nurul dan Lulu syok melayan cerita yang ditayangkan di kafe. Sinchan sudah hilang kemana, mesti duk usha awek-awek kat di tempat park kereta berhadapan kafe. Taufiq pula apa lagi, dia sentiasa dikerumuni peminat-peminat setianya. Lulu dah mula lali dengan situasi free show dari peminat Taufiq ni. Lulu mula mengemas barang untuk naik ke hostel kerana dia dan Nurul dah mula rasa mengantok.


Lulu terasa gegaran pada poket seluarnya, ketika itu dia sedang dalam kelas Corporate Governant. Di seluk poket untuk melihat siapa yang menghantar mesej.

New Message from: Taufiq

Helo yayang, boleh tak kita nak jumpe dengan dia lepas kelas ni..kat kafe. Please..kita mesti jumpa awak sebelum balik kampung.

Berkerut dahi Lulu selepas membaca mesej dari Taufiq. Apa kes la si Taufiq ni..macam penting aje.. 

Lulu tiba di kafe dan suasana agak sesak bila masuk waktu tengahari, dari jauh Taufiq berlari-lari anak mendapatkan Lulu. Mereka berdua berjalan mencari meja yang kosong.
“ada apa ni” Lulu memulakan bicara apabila Taufiq masih dalam silent mode.
“tak ada apa..saja nak jumpa dengan awk sebelum kita balik” Taufiq menjawab dengan mukanya masih tunduk memandang meja.
“okey” jawab Lulu ringkas.
“kita nak keputusan dari awak” ayat yang keluar dari mulut Taufiq membuatkan muka Lulu mula berkerut.
“ saya masih belum  ada jawapan..lebih baik jangan mengharap dan cari je yang lain.” Lulu bersuara malas.
Taufiq terus mendiamkan diri..masing-masing melayan perasaan sendiri. Lulu mula bosan dan berniat untuk naik ke bilik.
“pukul berapa nak bertolak? Apa pun take care..saya nak naik atas dah ni” Lulu menyarung sling bagnya.
“ petang sikit..okey..by the way..kita tetap nak awak dan kita akan cuba dapatkan jugak” Taufiq terus bangun dari bangku dan meninggalkan Lulu yang terperanjat dengan kata-kata Taufiq.
Sekembalinya Taufiq dari kampung bermaksud tamat sudah hujung minggu untuk Lulu. Esok akan bermula kelas seperti biasa, bagi pelajar macam Lulu ni rasa tak cukup aje cuti sabtu dan ahad.

 Lulu baru selesai mandi, dia terdengar handphone nya bordering-dering di bilik. Terkejar-kejar Lulu hendak mengangkat telefonnya.
“hello..Lulu here
“hai sayang..kita ni..jom jumpa” suara romantik Taufiq kedengaran di corong telefon.
“err..Taufiq! bila sampai??” lain yang di jawab Lulu.
“ petang tadi..jom jumpa..rindu sangat kat dia” semakin romantik suara Taufiq.
“er…ok2..setengah jam lagi ye..bye..” Lulu memutuskan talian, dia pelik dengan cara Taufiq tadi.

Di kafe, Taufiq menunggu Lulu dengan sabar, matanya dari tadi menanti kelibat Lulu. Jam ditangannya berkali-kali dibelek, terasa masa berjalan begitu perlahan sekali.

“sorry lambat..tunggu Nurul tadi”  Taufiq tersenyum gembira melihat wajah Lulu. Dia terus menarik kerusi di sebelah memberi ruang untuk Lulu duduk.
Lulu mula hairan dengan sikap Taufiq, lain semacam aje..kena sampuk hantu ke masa kat kampung?

Lulu akur dan duduk disebelah Taufiq, walau hati terasa berat. Taufiq tidak melepaskan peluang dengan pantas dia mencapai tangan Lulu didepan kawan-kawan. Mereka yang berada disitu semua memandang Taufiq dan Lulu meminta penjelasan, terutama sekali Nurul.

“ Lulu dah jadi awek aku” spontan Taufiq menjawab.
“ hah! Bila ni? Tahniah bro..” itu suara salah seorang dari mereka. Nurul hanya mampu tersenyum dan mengangguk seperti setuju aje dengan kata-kata Taufiq.

Lulu tergamam dengan tindakan Taufiq, dia mula rasa bengang. Kenapa dengan Taufiq ni?? Dia ingat aku apa..bila aku setuju pulak!
“ kenapa ni Taufiq?? suka hati awak je buat pengakuan tadi?” Lulu melepaskan rasa tidak puas hati apabila dia berjaya menarik Taufiq  jauh dari kumpulan kawannya.

“ kita dah cakap yang kita tetap nak awak dan kita nak jugak. So dengan apa cara sekali pun kita akan dapat kan. Biar semua orang tahu awak awek saya” Taufiq terus menarik tangan Lulu untuk kembali di tempat kawan mereka lepak.

Lulu mula panas dan cuba menarik tangannya “ ok, kita kena bincang hal ni” Lulu mula berdiri dan peluk tubuh bila tangannya dilepaskan Taufiq.

“kita tak nak dengar apa-apa..mula hari ni awak teman istimewa kita. Full stop” wajah Taufiq sungguh serius. 

“Taufiq..kenapa awak buat saya macam ni..” sayu suara Lulu.
“sebab saya sayang kat awak” Taufiq jawab dengan selamber.
Terus di capai tangan Lulu..” Taufiq lepaskan lah..saya tak suka!”
“kalau awak tak suka apa awak nak buat kalu saya nak jugak?” Taufiq seperti mencabar Lulu.
“apa saya nak buat??” dengan tidak sengaja laju sahaja tangan Lulu hinggap ke pipi Taufiq. pang!

Taufiq tak sangka dengan tindakan berani Lulu..masing-masing pandang sesama sendiri. Lulu tersedar dengan perbuatannya dan dia ingin berlalu dari situ. Taufiq terus merentap tangan Lulu dan bawa Lulu ke meja semula.

Dimeja Taufiq berborak dengan kawan-kawannya seperti biasa..seperti tidak ada apa yang terjadi tadi. Lulu resah dengan sikap Taufiq dan mula tidak selesa kerana Taufiq melayannya dengan lemah lembut. Dirangkul kemas pinggan Lulu, seboleh-bolehnya akan duduk rapat dengan Lulu.

“apa ni Taufiq…” perlahan sahaja suara Lulu bersuara.

“ you are mine!” tegas suara Taufiq membalas.


Kini Taufiq betul-betul menganggap aku sebagai awek dia yang sah. Semua layanan sudah berubah, dah banyak kali aku menepis tapi Taufiq buat tak tahu aje. Kadang-kadang terasa penat jugak asyik nak marah dan melenting.

Dalam banyak-banyak perkara yang dilakukan Taufiq paling buat aku marah tapi tak mampu nak buat apa-apa bila dia curi nombor telefon mak aku di handphone. Dia sungguh berani call mak dan cakap yang dia suka kat aku dan nak restu dari mak. Argh! Taufiq kau ni memang melampau la tapi kenapa aku tak mampu nak kata apa-apa pun…

Hampir setiap hari mak call bagi nasihat dekat aku supaya berubah melayan Taufiq, lagi-lagi Si Taufiq mengadu akan hal yang aku lempang dia tempoh hari. Makin bertambah la kaunseling mak pada aku. Yang aku tak paham mak aku cepat pulak suka pada dia…ni mesti kes pandai ambik hati orang tua.

Aku yang duduk termenung di depan fakulti terperanjat melihat Taufiq yang dari tadi asyik membunyikan hon kereta. Aku memandang dia kehairanan, sejak bila dia ada kereta mewah ni..tak silap aku ni kereta sport BMW. Bukan dulu masa awal kami berkawan dia cakap dia dari keluarga sederhana macam aku jugak. Tapi mana datangnya kereta ni??..

 Atas nasihat mak dan Nurul, aku akhirnya akur dengan memberi peluang pada Taufiq. Aku menerima lamaran dia dan masih mencuba untuk menerima dia dalam hidup aku. Mesti korang pelik kenapa aku susah sangat nak terima Taufiq, kan? Sebenarnya bukan aku ni anti-lelaki ke apa, tak pun pernah ada kisah silam ke..semua tu memang tak de..Taufiq ni bukan la handsome mana bagi aku, tapi sedap la mata memandang..kalau sekali tengok adalah iras-iras Aqasya tapi dia tinggi sikit dari original version Aqasya. Hakikatnya aku cuma takut nak bercinta sebab, aku ni tak pandai nak bercinta ( nak layan kerenah lelaki ni..belum ready lor..) lepas tu aku takut kecewa macam kawan-kawan aku yang pernah putus cinta..teruk siot tengok dorang merana.

Dalam masa aku mula menerima Taufiq, aku lihat dia cukup penyayang dan ambik berat pada aku dan keluarga. Aku senang hati melihat sikap dia yang pandai menyesuaikan diri dengan keluarga aku. Mula-mula aku amat keberatan untuk bawa Taufiq balik kerumah, tapi atas desakan Taufiq yang tak sudah aku terpaksa la jugak bawak.

Taufiq sangat gembira apabila keluarga aku dapat menerima dia dengan baik, aku pun turut tumpang gembira. Tapi aku masih menunggu Taufiq bercerita tentang keluarganya pada aku, mungkin aku perlu beri dia  masa. Aku pasti bila dia sudah bersedia pasti dia bercerita sendiri dan aku tak nak terlalu mendesak. Kesimpulannya, Taufiq berjaya membuktikan dia benar-benar ikhlas cinta dan sayang kan aku.


AKU SANGAT BAHGIA’ itu ungkapan yang pernah aku gambarkan perasaan aku terhadap Taufiq..Ya..tapi itu semua dulu..kini yang ada dalam ingatan aku adalah perbuatan Taufiq yang tidak pernah luput, lebih-lebih lagi luka yang ditinggalkan kesannya amat pedih dan masih berdarah walaupun tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Taufiq Al-Hakim kau yang menjadikan hati aku seperti bebola konkrit!

No comments:

Post a Comment