Wednesday 24 October 2012

Sekali dapat!…: Bab 9

 Keesokan pagi selepas bersarapan dengan Puan Sri Aisyah, Aryani duduk termenung di kolam ikan. Sayu hati nya mengenangkan peristiwa malam kelmarin. Ya semua orang berkahwin sentiasa menantikan malam pertama, tapi untuk dirinya malam pertama itulah mecarik-carik hatinya sehingga luka.

“ eh perempuan! Kau ingat dengan menabur fitnah kau boleh bahgia?? Memang kau boleh dapat simpati papa aku, tapi bukan aku. Aku ingat kau ni penawar tapi kau ni memang racun, tahu tak racun??!!” tangan Karl mencengkam kasar pipi Aryani.

Aryani menolak tangan Karl “ apa awak merepek ni? Fitnah apa yang saya buat?? Saya tak mintak simpati, kalau semua ni bukan keinginan awak Encik Karl, baik awak ceraikan saya” aryani sudah hilang sabar, cukup lah selama ini dia bersabar dengan sikap Karl. Biar Karl tahu dia turut terpaksa menerima semua ini tanpa mengetahui apa silap dan kenapa dia di kaitkan dalam hal ini.

“cerai?? Kau ingat semudah tu? Haha jangan harap! Aku nak kau rasa sengsara macam mana aku tersiksa” karl tersenyum dengan penuh makna.

Aryani cuba menjarakkan diri dari Karl, tapi Karl terus melangkah mendekatkan diri dengan Aryani.
“ dengar sini! Aku tak kan sentuh perempuan yang aku benci!!” Karl terus berjalan masuk ke bilik air dan pintu dihempas kuat.

Aryani terduduk dilantai, dia sungguh kecewa dan merasakan hatinya bagai di koyak-koyak dengan setiap percakapan Karl tadi. Airmata terus mengalir tanpa di pinta, walau di kesat beberapa kali, pipinya tetap basah dengan airmata yang terus menerus mengalir. Tidak ada bahgiakah buat aku?


Bila terdengar Karl sudah selesai mandi di bilik air, Aryani cepat-cepat bangun mengambil baju dan mencapai tuala untuk menutupi wajahnya. Karl keluar tanpa memandang Aryani,dia mencari baju di dalam almari, di ketika itu Aryani berjalan masuk ke bilik air.

Selesai mandi, Aryani  melihat Karl sudah dibuai mimpi. Aryani berjalan mendekati katil kemudian mencapai bantal. Sempat dia memandang wajah Karl yang sedang tidur,mukanya kelihatan tenang.Kini laki di depan mata aku ini sudah sah menjadi suami aku, ya suami…berdosa aku meminta cerai pada waktu malam pertama kami. Ya allah ampunkan lah aku. Sesungguhnya aku isteri yang berdosa. Walau teruk mana pun, dia tetap suami aku. Sesungguhnya syurgaku terletak pada telapak kaki insan yang bernama Karl Iskandar Ukasyah.

Aryani meletakkan bantal di lantai, dia tak nak menambah kebencian Karl dengan tidur di satu katil. Selepas ini dia akan mengambil hati dan cuba mengelak berbuat sesuatu yang di benci Karl.


Terasa bahunya di sentuh oleh seseorang, dia beralih pandangan. Wajah Puan Sri yang kini dipanggil mama. Wajahnya yang lembut membuat Aryani begitu menghormatinya.
“buat apa menung dekat sini, mana Karl?” soalan dari mama buat aku gagap untuk menjawab.
“a..aa..karl dia…ta..tadi..”

“morning mama.” Satu ciuman hinggap di pipi aku. Terpana!
Karl melirihkan senyuman nakal bila mama tersenyum melihat adegan tadi.
Argh! benci aku melihat sandiwara Karl yang propah sangat. Mama kemudian berjalan duduk di ruang tamu, Karl melabuhkan punggungnya di sebelah mama.
“karl ingat esok nak pindah”
“kenapa cepat sangat, duduk la seminggu dua di sini. Mama belum sempat kenal mesra dengan menantu mama”
“dah pindah pun Aryani masih boleh datang ke rumah ni. Biasalah mama, just nak sedikit privasi, kan Karl ni pengantin baru.” Sengaja di buat merengek manja bila perasan Aryani hanya memerhati gelagat mereka anak beranak.

“baiklah..tapi nanti Aryani selalu datang ke rumah ye?” mama memandang Aryani yang masih berdiri sepi.

Satu angguk dari Aryani membuat mama tersenyum lebar. Disaat itu Karl hanya memerhati wajah Aryani yang sedikit muram.

“ok, kalau macam tu sayang kemaskan apa yang patut.” Karl bangun berjalan mendekati Aryani.
Apabila melihat Karl berjalan ke arahnya, Aryani pantas berjalan menaiki tangga.
Malas hendak melayan sandiwara murah Karl didepan mama. Huh! Tak sampai hati Aryani menipu mama dengan berpura-pura bahgia. Sampai bila?


Aryani tersedar dari lena. Dia mengeluh macam mana boleh tertidur sampai tengahari. Selepas naik ke bilik tadi dia cuma ingin merehatkan fikiran tetapi tak sangka boleh terlelap sampai sekarang. Aryani segera ke bilik air mengambil wuduk untuk bersolat zuhur. Ketika Aryani sedang bersujud, Karl membuka pintu bilik dan perbuatannya terhenti melihat Aryani yang sedang kusyuk dengan solat. Jauh disudut hatinya, dia teringin mengimankan Aryani. Dek kerana ego dia terus menutup pintu dan mencapai kunci kereta.


Aryani turun ke bawah mencari mama tetapi tiada siapa di ruang tamu, langkah dituju ke ruang dapur, mama sedang memotong sayur. Aryani memandang sekeliling kelibat Karl langsung tak kelihatan.
“ mama nak masak apa? Macam banyak je menu hari ni” Aryani memandang bahan-
bahan yang sudah sedia di meja.
“memang hari ni mama nak masak lebih sikit, kan esok Aryani dah nak pindah. Mama nak masak istimewa sikit.”
“mana mak siah?” Aryani mencari orang gaji yang sudah lama berkhidmat dengan mama.
“oh..mama suruh mak siah angkat kain”
Aryani menggangguk dan mencapai pisau membantu mama memotong bahan-bahan untuk di masak.


Aryani menaiki tangga untuk menunaikan solat asar selepas selesai memasak. Dia membuka pintu,bagai nak tercabut jantung Aryani melihat Karl tercegat didepannya.
“aa..wak..dah makan?” Aryani cuba berbahasa basi dengan Karl untuk menutup perasaan gugupnya.
Karl hanya buat tidak tahu dan terus melanggar bahu Aryani untuk keluar dari bilik.
Melihat gelagat Karl seperti itu, Aryani tertunduk memandang lantai. Ya allah, kuatkan la semangat hambamu ini.
Langkah diatur satu persatu ke bilik air untuk mengangkat wuduk, mudah-mudahan akan reda sedikit kekusutan hati bila dia bersolat nanti.



Aryani sedang melipat kain telekung selepas bersolat manghrib. Pintu di buka oleh seseorang, pandangannya memandang kearah pintu. Mr. Oksigen berdiri tegak. Apa kes pulak ni, duk tenung macam tu.

“mama panggil makan malam” tup! Pintu tertutup rapat.
Lor..kena paksa panggil la tu, kalau tak habis drama yang tak berepisod ni.
Aryani segera melipat sejadah dan keluar dari bilik.


Sampai di bawah, Aryani sudah mati akal untuk duduk di kerusi mana satu. Takkan nak duduk sebelah Karl? Depan Karl lagi la..aduhhh..
Mama yang perasan Aryani hanya berdiri kaku terus tersenyum.
“meh la duduk sebelah sebelah mama”
Gulp! Depan karl la tu! Aryani menarik kerusi perlahan-lahan. Dimeja makan Aryani hanya memandang nasi di pinggan. Dipaksa telan setiap suapan, walaupun terasa perit. Sungguh dia tidak biasa duduk berdepan dengan Karl.

“Karl, rasalah masak gulai cili api ni, sedap Aryani masak. Abang nak jugak” mama sudah menghulurkan senduk untuk di menuang ke pinggan Karl dan papa.
Senyap…..
“betul la ma..sedap. pandai la sayang abang ni” Karl tersenyum memandang Aryani.
Tiada respon dari Aryani, Karl memandang tajam wajah Aryani meminta ‘ tolong jangan jadi patung!”
“ermm..memang sedap” papa pula turut mengiyakan.
“ tak la biasa je,mungkin aa..bang jarang makan” Aryani tersenyum kelat.

Papa dan mama sudah ke ruang tamu menonton televisyen, Karl sudah lesap kemana. Aryani mengemas meja dan mengangkat pinggan kotor ke dapur.
Satu persatu pinggan kotor di asingkan dan lauk pauk di simpan dengan rapi supaya tidak mudah basi. Mak siah hendak menolong tetapi Aryani tegah, dia sudah biasa melakukan kerja rumah.

Di dapur Aryani seronok berborak dengan Mak siah sambil membasuh pinggan kotor di singki. Mak siah sedang membuat air untuk papa dan mama. Mata mak siah terpandang Karl yang  meyandarkan bahu nya di sebelah peti ais. Mak siah tersenyum dan terus melangkah keluar, memberi ruang mereka untuk berdua. Aryani yang tidak perasan sibuk berceloteh tentang kisah dia di kampong.

Karl hanya memandang Aryani yang sedang berdiri di singki, setiap percakapannya tidak langsung masuk ke telinganya. Karl membuka peti ais untuk mengambil minuman, Aryani yang sudah selesai membasuh pinggan, terus terbeliakkan mata melihat Karl yang sedang minum. Aryani cepat-cepat melangkah ke ruang tamu. Malas hendak tinggal berdua dengan Karl.



Jam menunjukkan pukul10.00 malam. Aryani meminta izin mama dan papa untuk naik ke bilik kerana baru teringat yang dia masih belum mengemas barang dan bersolat.
Usai solat isyak  Aryani membuka almari dan melipat satu persatu baju untuk simpan di dalam bag. Aryani sedar yang Karl sudah masuk ke bilik, tapi dia tidak menghiraukannya dan terus melipat kain.


karl duduk di birai katil dan memandang Aryani yang sedang mengemas, dia mendengus kasar.
“eh dengar sini! Kalau depan mama dan papa aku nak kau berlakon yang kita bahgia. Jangan sesekali kau berani bagi tahu hubungan kita macam ni” karl Nampak marah dengan kejadian di meja makan tadi.
“sampai bila?” aryani terus menyoal.
“itu kau tak perlu tahu!” karl terus meninggi suara.
“jangan risau, sampai hembusan nafas saya yang terakhir pun saya takkan bagi tahu sesiapa” aryani jawab dengan menahan sebak di dada.
“bagus, takut jugak kau kan?” karl tersenyum sinis.
“bukan takut, tapi saya cuma hormat arahan suami saya walau dia suruh saya menipu, sebab saya tahu segala dosa saya dia yang tanggung.”  Lipatan terakhir di letak dalam bag dan terus  berlalu keluar dari bilik.
Karl tersentak dengan kenyataan Aryani.


Aryani duduk di depan kolam ikan, dia perlu mencari ketenangan selepas apa yang berlaku tadi. Dia tak nak mengambil tindakan mengikut hati dan menangis lagi. Di ketika ini, hanya ikan ini lah yang menjadi peneman dirinya. Sunyi!


Karl tersedar dari tidurnya, dia mencari Aryani di lantai bersebelahan katil tetapi Aryani tiada yang ada hanya bantal tidur miliknya. Dia melihat jam sudah pukul2.00 pagi, niat Karl untuk bangun mencari Aryani terbantut bila dia terpandang susuk  tubuh Aryani masuk kebilik. Karl terus menutup mata buat-buat tidur, aryani baring di lantai dan menutup mata kerana terlalu mengantok.

Karl mengangkat bag pakaian untuk masuk ke bonet kereta. Wajah Puan Sri Aisyah sayu untuk melepaskan Aryani duduk berjauhan darinya. Sungguh sayang dia pada Aryani, hatinya cukup suka pada sikap Aryani yang manja, menghormati orang tua, kelakar dan paling penting jujur dalam apa jua. Dari perkara yang Aryani tahu dan tidak tahu semuanya akan di jawab dengan jujur. Tidak pernah berpura-pura mengetahui atau melayan perbualan mama hanya sekadar untuk ambil hati. Segalanya ikhlas dari perbuatan Aryani.


Aryani bersalam dengan mama dan mengucup pipi ketika mahu bergerak, mama membalas dengan pelukan  erat. “ selalu-selalu datang ke mari ye, apa-apa call mama” Aryani senyum “ janji!” jari kelengking di hulur pada mama. Puan Sri senyum dengan sikap kebudak-budakkan menantunya, tapi disambut juga. Ada ke mertua macam tu?? Jeng..jeng..

Di dalam kereta Karl hanya membisu, tidak seperti dulu ada sahaja bahan bualan akan dimulakan. Aryani rindu Karl yang dulu dia kenal. Karl mula memasuki kawasan perumah di area Kota Damansara. Karl memberhentikan kereta di sebuah rumah banglo, Aryani turun memerhati rumah yang bakal dia duduk bersama Karl. Besar..memang tak kan bersua muka la mereka walaupun duduk dalam satu rumah.


Aryani membawa bag pakaian masuk, diperhatikan setiap hiasan dalam rumah. Semuanya sudah lengkap cuma ruang tamunya agak bersepah dengan majalah dan surat khabar.

“dengar sini, bilik kau dekat bawah sebelah kanan tu” Karl menunjukkan bilik yang dimaksudkan. Aryani hanya diam tidak bagi reaksi hanya memandang Karl kosong.
“ rumah ni takde orang gaji, aku dah berhentikan. So kau yang kena buat semua dalam rumah ni” Karl mula memberi tugasan baru pada Aryani.

Karl terus menaiki tangga tanpa merasa sikit pun kasihan pada Aryani. Pintu bilik di buka, Aryani mula mengemas pakaiannya ke dalam almari. Selesai berkemas di dalam bilik, Aryani terus mengemas ruang tamu yang agak bersepah. Disusun semua majalah dan surat khabar. Kemudian di sapu lantai sebelum di mop, dari ruang tamu dia terus mengemas ke dapur. Mana makanan yang tidak boleh di pakai lagi semua di buang. Peti ais juga di bersihkan dan menyejukkan air yang di masak.


Aryani mengelap peluh di dahi, akhirnya siap juga semua kerja. Hari ini dia mulakan dengan mengemas dalam rumah. Esok dia akan tengok di bahagian lain pulak.
Aryani berjalan memasuki bilik untuk mandi dan bersolat zuhur.


Karl menyarung tshirt dan menyembur sedikit perfume ke badan. Dia berjalan menuruni anak tangga, kemudian dahinya berkerut melihat segala nya sudah berkemas. Dia berjalan masuk ke dapur, dia turut terkejut segalanya sudah siap dikemas juga. Dia terus berjalan ke bilik Aryani untuk mengetuk pintu, tapi niatnya terbantut apabila mendengar orang mengaji Al-Quran. Suara Aryani ke??


Aryani keluar dari bilik dia melihat Karl sedang menonton televisyen, dia terus ke dapur untuk masak. Hanya sadin yang boleh di masak Aryani, tapi dia tetap cuba masak dengan apa yang ada. Takkan nak berlapar sampai ke malam, makan luar? Mana lah Mr.oksigen tu nak bawak dia keluar, tengok muka aku pun menyampah seribu.


Karl tendengar seperti ade orang sedang memasak di dapur, dia bangun untuk melihat apa yang di buat Aryani. Aroma bau sadin mula menusuk hidung Karl ketika dia sudah berdiri di dapur. Di perhati gelagat Aryani yang sedang memasak, tapi kerana ego dia terus berlalu untuk pergi menonton televisyen semula.

“abang nak makan, saya ada masak sadin tu.” Aryani datang mendekati karl selepas  masak.
“ sadin?? Kau ingat aku selera??” karl mula menyindir masakan aryani.
“ tu je yang saya jumpa kat dapur tadi” aryani cuba memahamkan Karl bukan niat dia nak masak simple macam tu.

Karl terus bangun  keluar dari rumah dan meninggalkan Aryani yang terpinga-pinga. Kerana ikutkan kebencian, karl terus memandu walaupun dia sudah terliur bau sadin yang dimasak Aryani. Sambal sadin masak cili api tu!


Selepas kejadian hari tu, Karl jarang balik rumah. Aryani hanya bertemu dengan Karl di pejabat sahaja. Aryani sering keseorangan dirumah, kadang-kadang terasa kesunyian bila duduk di rumah seperti itu. Tapi kemesraan mama terhadapanya, menghilangkan sedikit rasa kesunyian Aryani, kerana mama sering mengajak Aryani teman dia membeli belah dan berjumpa dengan rakan –rakan nya. Itu pun apabila Aryani ada masa lapang. Malas jugak dia nak duduk rumah seorang diri, baik dia ikut mama ada jugak aktiviti.


Dipejabat hubungan Aryani dan Karl tidak seperti dulu, Karl jarang hendak berjumpa dengannya. Kalau dulu selalu je terpacak di depan bilik Aryani, tapi kini batang hidung pun susah nak nampak. Kalau ada perkara yang perlu di beri pada Aryani, segalanya akan di pesan kepada Nazira sahaja selaku orang tengah antara mereka sekarang.
Kadang-kadang Nazira ada bertanya pelik dengan sikap Karl sekarang, sebelum kahwin bukan main nak berkepit tapi sesudah kahwin semuanya berubah. Apa yang mampu Aryani lakukan dengan memberi alasan yang Karl buat semua ni untuk bersikap professional, walau pun suami isteri. Etika di pejabat harus dijagai.


Aryani tidak pernah putus asa melayani sikap Karl, dia sentiasa cuba mengambil hati Karl dan cuba berbaik-baik semula seperti dulu. Jika ada masa yang sesuai Aryani akan cuba bertegur sapa atau menarik perhatian supaya Karl berbual tapi masih gagal.

“ awak balik malam nanti? Boleh saya masak makan malam” Aryani sengaja mencuba nasib.

“ kau makan la sorang, aku tak balik” karl masih dengan sikap dinginnya.


3 bulan sudah berlalu…tapi Karl masih bergitu, lain pula dengan Aryani..dia masib cuba bertahan. Baginya selagi dia masih isteri pada Karl dia harus cuba mengambil hati suaminya untuk memulihkan keadaan rumah tangga mereka. Walau perkahwinan mereka di dirikan tanpa rasa cinta, dia percaya cinta boleh dipupuk kalau ini jodoh yang ditentukan tuhan.


Aryani sedang menonton cerita karoot komedia yang sememangnya rancangan yang paling best untuk dilayan. Tapi tumpuan nya beralih apabila mendengar bunyi enjin kereta, dia mengintai di jendela. Kelihatan Kereta karl memasuki perkarang rumah. Dia terus ke pintu untuk menyambut Karl, apabila pintu dibuka hati Aryani bagai di cabut melihat Karl pulang dengan seorang perempuan. Cantik!..seksi pulak tu..


Mereka berdua berjalan masuk tanpa menghiraukan Aryani yang terkebil-kebil melihat aksi mesra mereka. Karl melayan mesra wanita yang di panggil ‘Honey’ itu. Aryani menutup pintu dan merapati mereka.

“ aa…wak..” Aryani cuba untuk bercakap dengan Karl.

“ hah!, pergi buat air untuk Honey aku” Karl merangkul pinggang perempuan itu.
“siapa ni baby?” perempuan tu terlentuk-lentuk di bahu Karl.
“ owh..ni orang suruhan je.” Karl senyum sindir.

Macam terdengar bunyi kaca pecah bila Karl mengeluarkan kenyataannya. Itulah hati Aryani rasa bila digelar orang suruhan. Ditahan airmata yang hampir mengalir, kesabaran yang dilakukan selama ini langsung tidak dihargai. Muka Aryani nampak cemburu melihat kemesraan Karl dan perempuan itu, romantisnya bukan main. Untuk mengelak hati sakit berterusan Aryani terus ke bilik.


Dibilik Aryani meratapi nasib dirinya, sudah hilang kesabaran hati bila kasih sayang dan hormat yang diberi telah ditolak mentah-mentah oleh karl. Apa salah dirinya sehingga  satu saat dulu layanan baik yang diberi Karl kini berubah menjadi buruk tanpa sebab.


Karl memandang pintu bilik Aryani, dia ternanti-nanti wajah itu. hati Karl tercuit melihat muka Aryani yang cemburu tadi. Tersentuh hati lelaki nya tapi dek kerana ego yang lebih tinggi dibiarkan sahaja si isteri makan hati melihat kemesraan dia dan honey. Sesungguhnya adakah karl berperang dengan perasaan sendiri?? Cinta atau benci??

3 comments:

  1. karl memang tak guna betul... yang salahnya dia, tapi aryani yang menggalas kesalahan lelaki tak guna itu... aryani baik blah saje daripada layan lelaki yang tak berhati perut itu... KARL LELAKI TAK GUNA, TAK BERHATI PERUT, KAKI PEREMPUAN, BAIK MAMPUS TERUS AJE.......

    ReplyDelete
  2. hai gurls,
    thanks sebab sudi beri comment. :)
    mungkin itu jodoh yang perlu kita tempuh untuk dapat bahgia yang kekal.

    elvythia~~ moral of the value is jangan kita mudah marah tanpa berbincang walau apa pun pernah terjadi pada hidup kita yang lepas. andai kita bersabar insyaallah.. :) apa pun manggis ucap kan tahniah sebab dapat mendalami feel yang manggis cuba sampai kan.

    baby mio~~ sowy ye psl manggis ter-post dua kali mungkin sebab laptop hang aritu. :D

    ReplyDelete