Thursday 27 September 2012

Sekali Dapat!...: Bab 4



Dalam kereta Aryani mula gelisah, dia tak selesa untuk ikut ke tempat yang En Karl tuju.“ macam mana ni, apa aku nak buat..aku mesti cabut lari kejap lagi” Aryani berkata dalam hati dan mengerling Karl yang sedang memandu.

 

Kereta karl mula memasuki selekoh di sebuah Hotel, Aryani hanya memerhati dari tingkap. Apabila kereta di berhentikan, karl keluar dari kereta dan menyerahkan kunci kepada jokey di hadapan pintu masuk. “ shall we?” karl membuka pintu Aryani dan mengangkat kening. Aryani terkejut dia melamun sampai tak perasan Karl sudah pun membuka pintu untuknya. Mesti karl pelik dia duduk tercongok dalam kereta tak keluar-keluar. Macam VIP??

Karl perasan muka Aryani yang kurang selesa, karl pasti ni semua gara-gara dia sebut pasal ‘clubbing’ tadi.

 

Aryani memandang karl dengan senyum yang di buat-buat. Plastik sangat! Aryani mula berjalan memasuki pintu masuk. Karl mencapai tangan Aryani.Erat sangat!

Aryani tak selesa, dia cuba tarik tangannya semula tapi kederat lelaki karl manalah dia mampu nak lawan. Aryani redha…



Mereka berjalan menghampiri sebuah restaurant dan disambut oleh pelayan yang membawa mereka ke tempat duduk yang agak privasi.Aryani duduk dan memandang sekeliling, ternyata restaurant ni memang high class. “ sorry, kita cuma dinner atau lagi sesuai candel light dinner between of us” karl senyum memandang tepat ke arah Aryani. Bibir Aryani mengukir senyum tanda lega..fuhh..cuak gila!

 

“ ini untuk meraikan kejayaan projek yang awak handle” karl mula bersuara apabila pelayan sudah menghidangkan makanan. Aryani hanya mengangguk.“Aryani, saya harap lepas ni kita boleh jadi kawan supaya memudahkan lagi kita bekerjasama, betul tak?” Karl sudah mula berhenti menyuap makanan dan memandang tepat ke wajah Aryani.” Insyaallah..saya ok jer” Aryani membalas dengan senyuman. Karl memerhati wajah Aryani, dari mata,hidung hingga ke bibir. Mata dia tidak berkelip.Aryani mula tunduk malu.

 

Ringing handphone Aryani menyanyi rancak.” Hello, ye saya..bila? hehe..ok jugak.set! ok,bubai” klik! Aryani menyimpan semula handphone.“ siapa..your boyfriend?” karl sengaja serkap jarang. Aryani senyum “ tak lah..fatin, satu-satunya kawan saya ada kat KL ni, boyfriend ramai”  Karl mendongak pandang aryani “ I’m serius asking you” suara agak tegas.” Err..sorry, saya takde steady boyfriend”. Hish..cuak la bila Mr. 0ksigen serius,memang takde 0KSIGEN dah.

 

“so fatin nak apa?” karl terus menyoal. “ oh..sabtu depan dia ajak saya pergi mandi sungai awal pagi..berkelah”aryani senyum buat muka comel.” Saya ikut” mendatar suara karl. Hah? Aryani terlopong. Tak pelawa pun…..

 

 

 

“terima kasih encik” aryani pandang sekilas pada karl dan menutup pintu.Karl terus memandu, dia senyum sendiri.Aryani mencuit hati, dia sendiri pun tak sangka yang dia keluarkan statement nak ikut Aryani pergi mandi sungai. Argh..sepatutnya aku perlu berhati-hati dengan makhluk bernama perempuan.


 

“ hai dear..lets go dinner?”suara manja Natalie di telephone.” Yes dear..i will pick up u” Karl mencapai kunci kereta. Natalie mengenakan dress paras peha dan sedikit terdedah di bahagian dada. Sexy sangat!

 

“ kita nak makan kat mana ni baby?” Natalie memegang erat lengan Karl.

“ ikut suka u..i tak kesah” karl senyum melihat  Natalie tergedik2.

 

Karl memilih restaurant di area Klcc untuk dinner, sebab dia tahu Natalie agak high taste.Mereka berdua berjalan seiringan, Natalie masih memeluk lengan Karl.

Natalie dan Karl sudah kenal dari zaman belajar lagi. Mereka satu kampus dan pada awalnya Natalie hanya menganggap Karl sebagai kawan sahaja  sebelum mengetahui Karl adalah anak kepada Tan Sri Badrul dan Puan Sri Aisyah.Lama kelamaan Natalie mula menaruh perasaan kepada Karl dan yakin Karl juga begitu. Tetapi pada hakikatnya Karl cuma menganggap Natalie sebagai kawan rapat.Ke player!

 

Natalie percaya dengan layanan Karl terhadap dia, Karl sudah ada dalam gengamannya, dia pasti dapat menguasai Karl. Dengan kecantikan yang ada pada dirinya, dia yakin Karl tidak akan memandang perempuan lain dan hanya tergila-gilakan dia.” Baby, when you want propose me as your wife?” Natalie memulakan soalan yang sudah lama dia simpan.” Excuse me? Are you kidding right?” you and I only friend not more than that.” Karl senyum menyangka Natalie hanya bergurau.

 

“ Karl Iskandar Ukasyah! I totally serious what I’m asking you just now” Muka Natalie mula berubah. “ok2..I serious, I Cuma anggap u sebagai kawan rapat. I takde feeling atau fikir yang kita akan tamatkan hubungan ni dengan perkahwinan” Karl mengeleng kepala. Natalie sudah hilang sabar, “ so selama ni I bermanja dan layan U semua tu untuk apa!?” turun naik dada Natalie melepaskan geram.

 

“ Itu salah u, I Cuma anggap u kawan sahaja.You layan I baik tu sebab I layan you baik jugak, could you can’t  relize that??” Karl mula rimas cara Natalie seakan-akan memaksa.

 

“ fine! You wait and see! I won’t give up!!” Natalie meninggalkan Karl di meja makan. Karl mengeluh, dia tidak sangka Natalie akan berfikiran jauh sampai macam tu. Sebab sebelum ni Karl tahu yang Natalie kerap tukar-tukar lelaki setiap kali ke kelab  malam.

Apabila karl bertanyakan hal itu, Natalie tidak mengaku dan menuduh Karl suka berprasangka buruk terhadapnya. Bagi Karl, dia hanya mengambil berat tentang Natalie sebagai kawan. Mereka sudah lama kenal dan dia tak suka Natalie salah memilih jalan hidup. Pada mata kasar Karl kelihatan seorang lelaki yang suka enjoy dan player. Tapi hakikatnya dia seorang yang setia dan tidak pernah melampaui batas ketika berkawan dengan perempuan.But, dia sedar dia manusia yang tak sempurna, suka melayan wanita yang tergedik-gedik dengannya.Tapi batas pergaulan dia masih dijagai.

 

 

Sudah seminggu Karl tidak berhubung dengan Natalie.“ merajuk betul minah tu” karl bercakap sendiri. Karl baring memikirkan percakapan Natalie, dia pun tak sangka Natalie menyimpan perasaan terhadapnya. Karl memandang handphonenyayang berkelip-kelip,sengaja di silent mode kan. Tak mahu diganggu.

 

Open message…

 

“dear, I nak mintak maaf pasal marah2 u hari tu. Plssss - natalie” karl tersenyum.

 

“ its ok..I tak ambik hati pun” klik send~~

 

“ kita tetap kawan kan?”

 

“yeah sure J “ send~~

 

“ ok, sempena I nak tebus kesalahan, I nak belanja u dinner. The special is I nak masak sendiri. So besok malam di apartment I. Plss don’t said no”  Natalie senyum penuh makna.

 

Karl tersengih, pelik dengan sikap Natalie. Setahu Karl nak masuk dapur pun susah ni pulak nak masak. Tapi Karl tak nak Natalie terus merajuk dan hanya bersetuju dengan plan dinner tu.

 

Dari siang tadi Natalie asyik mengingatkan Karl tentang dinner malam ni. Karl mula rimas dan hairan Natalie beriya-iya ajak dia makan di rumahnya.Tanpa berfikir apa-apa, Karl memandu menuju kerumah Natalie.Sampai didepan pintu, Natalie menyambut kedatangan Karl dengn senyum manje.Natalie berpakaian agak sexy.Over la tuuu… Karl hanya memerhati sikap Natalie, ntah kenapa Karl tidak bernafsu melihat Natalie walaupun susuk tubuh nya memang cun!

 

“please seat here, I nak ambik minuman special kita malam ni” Natalie melirik manja memandang Karl.

 

Karl sedang membelek-belek handphone, tiba-tiba terasa bahunya disentuh lembut hingga ke rambut Karl, tindakan itu membuatkan Karl bingkas bangun “ what are you trying to do??” Natalie senyum mengoda sambil tangannya membuka zip dress yang di pakainya. Karl mula berang, dan terus ingin melangkah keluar.” Tolong!! Tolong!”Natalie menjerit dan menarik Karl ke dalam dakapannya. Natalie menyentap butang baju Karl, dan memegang tangan Karl supaya tidak jauh dari dia. Secara tidak sengaja Karl menarik baju Natalie dan dengan mudah baju itu terdedah menampakkan hampir separuh  bahagian dada Natalie kerana zip yang sudah sedikit terbuka.

 

Karl mula panik dan terus membuka pintu untuk keluar dari permainan Natalie. Karl kaget, ada dua orang pengawal yang sedang buat rondaan lalu di depan pintu apartment Natalie. “ kenapa ni? Kami dengar suara perempuan menjerit” salah seorang dari pengawal itu mula menyoal. Natalie berlari ke arah pengawal “ encik tolong dia cuba rogol saya!” dengan tangisan yang entah betul atau dibuat-buat. Karl terkejut macam kena renjatan elektrik!

 

 

Karl duduk bingung di balai polis, menanti kehadiran papanya dan peguam. Dia betul-betul benci dengan Natalie.Perempuan!

“ Karl Iskandar!” karl mencari suara yang memanggil namanya. Kelihatan papa dan peguamnya sudah tiba.Tan Sri Badrul memandang tajam menahan marah di hati.Puan Sri Aisyah sudah menangis dan memeluk Karl.Peguam Karl sedang berbincang dengan pengawai yang menguruskan kes.

Karl di ikat jamin, sementara kes dalam siasatan kerana bukti tidak kukuh untuk terus didakwa.

 

Sampai dirumah, Panggg!! Muka karl terasa tapak tangan Tan Sri. Lempang double side or single side??ha tetibe ada soalan kn.

 

“papa tak sangka sikap Karl hari ni, dah lupa dosa dan pahala ke??mana papa nak letak muka, this serious case!! Tuduhan rogol tahu tak??”

Karl menghampiri papanya “ pa, lets me explain first. Tolonglah percaya Karl, this is not me..please!” Karl mengharap kepercayaan papa and mamanya diketika ini.

“ yes Tan Sri, I think we should know Karl story first.” Peguam Rais mencelah.“Saya berbincang dengan pengawai tadi, dia pun terangkan tiada bukti kukuh untuk mendakwa Encik Karl.sebab takde bukti kekasaran pada tubuh mangsa, apatah lagi baju yang di pakai mangsa.Alibi yang paling kuat adalah takda bukti paksaan dan pergelutan” panjang lebar Peguam Rais terangkan.

 

“tapi dia masih boleh dituduh cubaan merogol kan?” Tan Sri mengeluh. “ Ya, we only have one opportunity” Tan Sri terus memandang Peguam Rais seolah-olah meminta jelaskan maksudnya itu.

“ kita perlu bincang dengan Cik Natalie supaya tarik report semula” Tan Sri mengangguk. “ ok, aturkan temujanji dengan saya” Tan Sri berlalu dan memandang Karl “ for the moment, you just stay at home” Karl buntu.

 

 

Bib!..bib!..interkom Tan Sri berbunyi “ yes?”

Suara Nazira kedengaran “ Tan Sri, Cik Natalie sudah sampai”

“ bawa dia masuk” Tan Sri memandang Peguam Rais yang duduk menghadapnya.

Natalie senyum sinis di muka pintu, “ Yes Tan Sri, what can I do for you?”

“ berbincang, sila duduk” arah Tan Sri.

 

“2 juta!” Tan Sri terkejut dengan jumlah yang diminta Natalie.” Ya, kalau Tan Sri beri saya sebanyak itu, baru saya tarik report saya dan anak Tan Sri akan lepas dari tuduhan merogol” Natalie senyum plastik.“ atau Karl perlu berkahwin dengan saya, pilih!” dengan sinis Natalie memberi jawapan.

 

Tan Sri berfikir sebentar, takkan dia nak bermenantukan perempuan seperti Natalie. Mintak simpang!

 

“ok, saya setuju beri awak 1 juta sekarang” Tan Sri memberi isyarat kepada Peguam Rais.

Cek dihulur kepada Natalie” separuh lagi setelah report ditarik” Tan Sri menyambung.

 

Natalie segera bangun dan senyum lebar. “ok, deal! Tak merasa saya jadi menantu Tan Sri” Natalie berjalan dengan angkuh.

Tan Sri menghela nafas lega, selepas ini mesti cerita panas Karl akan jadi bahan bualan media dan kenalannya. Memalukan!

 

 

 

 

“Papa dah berjumpa dengan Natalie. “ Tan Sri tidak menyambung kata-katanya.

“ then? Macam mana?”Karl jadi tak sabar.

“ dia bagi dua pilihan, pertama duit sebanyak 2juta untuk tarik report atau Karl berkahwin dengan dia”

“ hah! Karl tak setuju berkahwin dengan dia pa! Karl sanggup berkerja tanpa gaji dengan papa untuk bayar 2juta tu lagi” Karl iya-iya meminta simpati papanya.

Tan Sri duduk memandang Karl “ betul?” Karl mengangguk laju seperti budak-budak.

 

Tiba-tiba Tan Sri mengukir senyuman, Karl bertambah hairan. “ papa pun tak nak bermenantukan perempuan macam tu” Karl lega..fuhh!

“ papa sudah bersetuju untuk bagi dia full 2juta selepas dia tarik report” Karl tersenyum riang. “tapi Karl ingat lepas ni takda lagi masa untuk berjoli, kamu harus bekerja keras untuk bayar semula 2juta pada papa.” Karl mengangguk “ janji! Karl akan bekerja tanpa gaji pa.”

 

Tan Sri mengeleng “ Bukan. Papa bukan zalim sangat, kamu tetap ada gaji, cuma beri tumpuan pada perniagaan dan dapatkan keuntungan lebih dari 2juta tapi ingat ni peluang Karl yang pertama dan terakhir, boleh?”Karl tersenyum dan memeluk papanya. Dia mengerti papa sudah rugi dengan memberi jumlah sebanyak itu kepada perempuan tak guna tu!

 

Lamunan Karl terbantut, pintu biliknya diketuk kuat.Dia bangun ke arah pintu.

“ Anak mama tak nak makan ke? Balik terus berkurung dalam bilik, tak sihat? Puan Sri cukup sayangkan anak laki tunggalnya.

“ taklah, Karl tertido tadi..penat sangat la mama. Lagipun Karl dah makan dengan kawan tadi”

“ Kawan? Dah lama rasanya Karl tak keluar dengan kawan..ni lelaki ke perempuan?” Puan Sri cuba mengorek rahsia. Ya, dia perasan perubahan sikap anaknya yang lebih ceria dari dulu.Selepas peristiwa 3 tahun lepas.

“ alo mama..sudah la tu, Karl nak rehat” Karl merengek seperti budak-budak.

Puan Sri tersenyum “tak salah Karl buka pintu hati tu, lain padang lain belalangnya” dan terus berlalu meninggalkan Karl yang terpinga-pinga.

Karl cukup menghormati papa dan mamanya.Mereka sentiasa percaya dan memberi Karl yang terbaik.Dan di sebabkan itulah, Karl bekerja keras supaya papa dan mama bangga dengannya.Kejadian 3 tahun lepas antara dia dan Natalie cukup mengajar dia supaya berhati-hati, lebih-lebih lagi dengan perempuan. Ya, 'Ada dua jenis perempuan dalam mukabumi ni, pertama dia akan jadi penawar utuk seorang lelaki dan

kedua dia adalah racun berbisa untuk seorang lelaki, Jadi baik aku berhati-hati. Tapi Nur Aryani Fisha…kau penawar atau racun??”Karl berteka teki sendiri.

2 comments: