Monday 10 September 2012

Sekali dapat!....: Bab 3



Awal-awal pagi Aryani sudah sibuk dengan mengumpul semua fail-fail syarikat untuk mengkaji strategi setiap project yang pernah dikendalikan Puan Hirma. Satu per satu fail di baca aryani dan mencatat apa yang perlu. Ini semua adalah atas arahan En.Karl, dia meminta Aryani mengkaji semula dan membuat pembentang pendapat Aryani bagi setiap project.
Aryani bertungkus lumus membuat persiapan supaya tidak ada cacat cela nya dalam membuat pembentangan pada esok pagi. Dia Cuma ada sehari sahaja untuk siapkan semua maklumat. En. Karl mengambil kesempatan memerhati Aryani setiap kali lalu di depan bilik Aryani. Karl melihat Aryani bersungguh—sungguh menulis sesuatu di meja. Di dalam hati karl masih ada tidak percaya dengan kebolehan Aryani. Dia harus menguji kebolehan yang ada pada Aryani. Dia tidak mahu orang yang bakal bekerja dengan dia hanya menerima idea bulat-bulat dan tidak pandai mempelbagaikan strategi.Karl melangkah masuk biliknya dan bersandar di sofa, di dalam hati Karl dia akui Aryani ada tarikan sendiri. Kali pertama memandang Aryani hati dia merasa sesuatu. Telatah aryani yang suke memegang pen di tangan dan mengigit bibir cukup mencuit hati karl ‘ tak boleh duduk diam ’ karl berbisik sendiri.

Aryani masih sibuk menelaah setiap helai muka surat fail di depannya, tiba - tiba dia terbau satu aroma yang cukup dia kenal. Siapa ni erk?? ‘ kerja..kerja jugak Cik Aryani oii…takkan tak turun makan langsung. Nanti orang cakap saya buli pekerja baru pulak” Karl besuara. Aryani mendongak kepala, terkejut Karl sudah terpacak berdiri di depan. Aryani senyum ‘ erm..takpe,belum rasa lapar. lagipun saya dah ambik heavy breakfast pagi tadi” karl menarik kerusi dan duduk menghadap Aryani. Senyap.

5 saat! 10 saat! Ah! Aryani mula rimas,kenapa pulak si isketambola ni duduk senyap dan tak keluar. Aryani masih menulis tanpa memandang arah karl. Rimas!
‘ En. Karl, ada apa-apa yang saya leh bantu ke?” Aryani memberanikan diri memandang karl.’ Yes,u tak rasa nak minum coffee?’ karl jawab bersahaja.
‘ owh..ye sekejap ye’ aryani lantas bangun dan berjalan ke arah pintu. ‘ stop! Where are you going? Karl bersuara. Aryani toleh kebelakang ‘ bukan tadi en.karl nak coffee ke? Ish dia ni, hilang ingatan setiap 5 saat ke ape..aryani mengomel sendiri.
‘yup! Betol tapi saya takde cakap pun suruh awak buat kan? Am I right?’ Aryani blur..
‘then? Ohhh…en. Karl Cuma luahkan rasa je la yeh.hehe” aryani senyum terus duduk semula. Karl mengeleng kepala, apa la lurus minah ni. ‘cik Nur aryani fisha, what I mean just now is saya ajak awak pergi minum coffee’ aryani masih blur..’ tapi en.karl saya tak minum coffee..milo minum la’ Karl mengeleng kepala dan terus keluar dari bilik.
‘pelik la isketambola ni’ aryani membebel sendiri.
Usai mandi karl duduk di sofa sambil menonton TV, satu persatu siaran tv di tukar. Tiba- tiba karl teringatkan telatah Aryani. Dia tersenyum kerana karakter heroin di dalam tv ada iras-iras dengan Aryani.’ Macam ni nak handle orang lurus rupanya..haih,pelik la minah sorang ni’ senyuman karl semakin lebar.

Aryani menunggu lif dengan sebelah tangan kiri memegang helmet. Dia merasakan ada orang berdiri dekat disebelah kanan dan aryani menoleh. ‘Morning..’ karl memandang helmet di tangan aryani.’ Naik moto? Karl bertanya untuk kepastian walaupun dia rasa sudah terang lagi bersuluh. Aryani blur..dia memandang helmet. Lol! Alamak! Aryani terus berlari. Karl terkejut dengan tindakan aryani. Dia pun mengikut langkah aryani.Sampai di basement. Karl menghampiri aryani ‘ what happen??’ aryani terkejut dan pandang kiri kanan’ en.karl buat apa kat sini?’ karl mengeleng kepala’ awak terus lari tadi kenapa? Apa yang jadi ni?”
‘ owh..saya tersilap tadi, saya ingat saya simpan helmet dalam box skuter ni tapi saya simpan hangbag pulak, so bila en.karl tegur tadi baru saya sedar yang saya bawak helmet.tu saya berlari.hehe..’ karl menarik nafas dan ketawa terbahak-bahak.Aryani blur..

Aryani sudah siap-siap untuk membuat pembentangan di hadapan karl. Dia sudah siapkan segala peralatan di bilik mesyuarat. Aryani duduk menunggu kehadiran karl dengan tangan memegang pen. Karl memasuki bilik mesyuraat tepat jam 10 pagi.Karl mengambil tempat duduk dan memberi isyarat kepada aryani untuk memulakan pembentangan.
Dua jam kemudian..
Aryani sibuk mengemas fail di bilik mesyuarat, akhirnya habis juga azab dia berdepan dengan en.karl. bermacam-macam soalan critical thinking yang di tanya karl tadi. Aryani cuba jawab dengan hati-hati dan confident. Apa pun aryani berpuas hati dengan hasil kerja dia..tapi karl belum berkata apa-apa. Selesai membuat pembentangan, karl segera keluar dari bilik tanpa memberi sebarang komen. Meeting kah?? Aryani cuba menyedapkan hati.

Aryani mula tidak boleh duduk diam,selepas lunch dia menunggu en.karl masuk ke pejabat. Hatinya resah, dia perlu tahu komen karl tentang pembentangan tadi. Tapi batang hidung karl langsung tak kelihatan, aryani melihat jam di meja lagi 10 minit pukul 530 petang. “takpe..esok aku boleh tanya..” aryani mengomel sendiri. Aryani masih menyiapkan kerja yang tertangguh. Dia perlu siapkan proposal new strategies marketing kepada Tan sri esok. Aryani sibuk menghadap computer, tangan dia laju menaip dengan telinga disumbat earphone. Karl memerhati aryani, sudah lama dia terpacak di pintu tapi aryani langsung tidak perasan. Karl merapati aryani dan menarik earphone di telinga aryani. Aryani laju menoleh kebelakang. “ terkejut?” karl mengangkat kening. Aryani menarik nafas panjang. “ en.karl macam mana dengan presentation saya tadi? Aryani mula bertanya selepas sedikit lega di sebabkan terkejut.“Not bad” ringkas karl menjawab. Aryani mula tidak puas hati.” Dua word tu je??” karl mengangguk. Aryani memandang karl yang mula duduk di depan aryani.
Aryani pasrah je. cis! Poyosss sangat isketambola ni……..

“ kenapa tak balik lagi?” karl mula besuara setelah sekian lama mereka senyap. Aryani sibuk menaip tanpa memandang karl. “ saya ada kerja nak siapkan”
Senyap. Aryani cepat2 menaip supaya cepat siap. Rimas dengan kehadiran karl di bilik itu. Tambah-tambah suasana yang hanya tinggal  mereka berdua yang di pejabat. Aryani pusing memandang karl. “ finish?” karl bertanya. Aryani senyum dan mengangguk. Karl terus bangun. aryani hanya  buat tak kisah. Dia yakin karl sudah hendak balik juga. Aryani kaget. Karl menarik tangan aryani dan melangkah keluar. Aryani terpaksa mengikut karl.” Encik..nak kemana ni?” aryani pelik. Dia cuba melepaskan tangan tapi makin kuat karl memegang pergelangan tangannya. Sampai di lif, karl masih memegang tangan aryani.”encik..kita nak kemana sebenarnya?..”suara aryani kian mengendur..sebab aryani terasa pergelangan tangan  dia mula sakit.”encik…sakit….” belum sempat aryani teruskan percakapan karl terus potong “ kalau tak nak sakit jangan melawan. Tangan tu diam je” aryani akur..membiarkan sahaja karl memegang tangan nya.

Di dalam kereta karl hanya membisu. Aryani memngosok-gosok pergelangan tanganya..merah. karl hanya melepaskan tangan aryani apabila dia masuk ke kereta tadi. Kereta karl berhenti di sebuah restaurant, aryani turut keluar  apabila karl membuka pintu untuk nya. Aryani segan di layan begitu. Blushing!
“lol..nak ajak makan rupanya..” Aryani berkata di dalam hati.



Seharian suntuk aryani sibuk menguruskan kertas kerja dan marketing plan untuk project baru yang akan di bincangkan bersama tan sri. Karl pula sibuk meeting di luar bersama client. Bermaksud satu hari ni dia tidak langsung melihat kelibat karl. Fuh! Lega… aryani seperti biasa akan pulang lewat. Aryani akan menyiapkan kerja selagi kederat dia mampu bekerja lagi a.k.a beribadat lebih dari 8jam sehari. Setelah mata sudah cukup letih untuk melihat skrin computer, aryani mengemas barang untuk pulang. Aryani terpandang kelibat karl di bilik, aryani meneruskan langkah. Risau di tahan karl pulak nanti. Mungkin karl baru masuk pejabat hari ni.

Hujan semakin lebat, aryani yang baru keluar dari pejabat terpaksa berhenti di bus stop yang terdekat.” Tak de guruh pun tadi..tetibe hujan” aryani merungut sendiri. Dia hanya duduk menunggu hujan berhenti.
Sebuah kereta fair lady putih berhenti di bus stop. Aryani buat tak kesah, cermin gelap itu diturun sedikit, Karl?? Aryani bangun untuk rapat ke pintu kereta. “ jom saya hantar” aryani senyum “ takpe..moto saya ok,Cuma hujan tak leh nak rempit” karl mengeleng.
” Saya tahu la hujan bukan sebab moto rosak” aryani sengih, malu suda~~
“takpe encik, saya pun da basah ni..nanti kereta encik kotor” aryani cuba menolak.
“ jangan sampai saya keluar tarik awak” nada suara karl serius.
Aryani diam. 1..2.. tetiba karl mula mengira. Aryani kelam kabut” ok2..kejap!”
“ hello, pakcik din tolong datang ke bus stop, ambik moto skuter dan letak di basement” aryani hanya melihat karl bercakap dengan seseorang dalam telephone.
10 minit kemudian, karl memberI kunci moto kepada pakcik din ketua security di pejabat. Cian pakcik din susah payah datang masa hujan ni dengan baju hujan bagai.

Aryani hanya memerhati kereta karl bergerak,otak aryani ligat berfikir macam mana dia menolak pelawaan karl untuk belanja makan tadi.” Eh takpe, saya boleh bayar.”
“ its ok, saya bayar” aryani memandang karl. “tapi takde sebab en.karl nak belanja saya. Honestly, saya tak suka” agak keras jawapan aryani.” This for your good presentation” terbeliak mata aryani. “ betol ke ni??” terkelip2 mata aryani. Karl senyum.
“yeah!! Best best!” aryani senyum. Opps..dia terlupa yang karl ada di depan. Karl merenung aryani. Aryani merasa rimas + malu.haih la Mr. Karl..jangan la selalu renung saya macam tu,saya takot awak jadi Mr.0ksigen saya!haha Aryani cakap dalam hati je. Sebab karl ni adalah iras-iras syah reza suami Irma tuuuu..huhu..

  



Aku berjalan masuk ke dalam rumah tetiba “ alamak!! Skuter aku..” baru aku teringat yang moto aku da tinggal kat ofis tadi. “ macam mana la aku boleh lupa” aku mengeluh sendiri. “tu la aryani feeling-feeling sangat” aku marah diri sendiri. Esok terpaksa la naik teksi..naik bas memang aku tak reti lor..


Lepas solat subuh, aryani cepat-cepat bersiap sebab hari ni dia kena pergi pejabat tanpa skuternya. Aryani meneliti wajahnya di cermin,selepas berasa puas hati dia segera mencapai beg dan helmet. Aryani berjalan ke arah perhentian bus “ boleh tahan jauh jugak rupanya” aryani mula mengomel. Sebuah kereta berwarna putih berhenti di tepi aryani.Mr.0ksigen?? dalam kereta aryani hanya diam. Perjalanan pagi ni sunyi hanya dengar suara DJ HotFM  berceloteh di radio.
“ terima kasih” aryani memandang karl.
Karl mengangguk “ don forget, we have a meeting with Tan Sri today” karl mengingatkan Aryani dan berlalu pergi.


“what pa? Aryani? But she still new..how could you really confident with her? I’m suppose handle this project alone.” Karl tidak puas hati dengan keputusan Tan Sri untuk melibatkan aryani dengan project besar. Tan Sri hanya senyum,” we should give her chance, Karl bukan tak terlibat langsung tapi karl yang akan memimpin Aryani.” Karl menghelakan nafas..sungguh tidak berpuas hati dengan cadangan papa nya sendiri.

Tuk! Tuk! “Masuk!’
Aryani memandang Tan Sri dan Karl. Pandangan karl seakan-akan tidak puas hati dengan aryani.” Kenapa dengan Mr. 0ksigen ni” aryani bercakap sendiri.
“ u, please be prepared for work with me, undertand??” suara karl agak meninggi.
Aryani blur..dia hanya memandang karl yang keluar dari bilik Tan Sri.


Aryani duduk menyandar di kerusi,” patut la Mr.0ksigen marah, sebab aku dilibatkan dalam project besar tu. Dia tak puas hati kot,sebab sebelum ni,dia pernah keluarkan statement yang aku hanya akan handle project biasa2 dan bantu dia bila perlu. Ni semua untuk cari pengalaman dalam masa 6 ke 8 bulan pertama, tup2! Nama aku tan sri masuk kan. Orang kanan dia pulak untuk project tu nanti. Patut la dia marah..siap bagi pandangan maut lg” aryani mengusap wajahnya, dia rase sedikit gementar dengan berita tadi.

Karl duduk di balkoni, dia betol-betol stress bila memikirkan apa yang papa cakapkan tadi “ Karl, dalam projek ni tugasan perundingan dan kertas kerja please serah pada Aryani, papa mahu Karl focus pada penyediaan design, kualiti dan aspek-aspek dalaman” karl mengeluh. Dia tidak yakin pada Aryani. Was-was sesangat!



Aryani bersarapan dengan Nazira di pantri, “ Ira, Awak merantau macam saya jugak ke?” Aryani mula berbicara.
“ takdela..saya duduk dengan family. Ayah saya polis. So kami sekeluarga dah banyak kali pindah randah. Polis kan..awak paham-paham je la” Aryani senyum “ Ayah awak kerja apa pulak? So awak duduk sini dengan siapa?” giliran Ira pula soal siasat.
“ baba saya dah lama meninggal dunia..saya ada mak,along dan angah je. Saya tinggal sorang..saya mana ada kawan dekat sini,kecuali Fatin” Ira rasa bersalah. “Aryani maaf lah,saya tak tahu ayah awak….”
“eh. Tak pe..dah lama pun..saya dah biasa” Aryani tersengih. Cepat-cepat dia potong cakap Ira sebelum ayat simpati keluar dari mulut Ira.


“ Miss Aryani!” kepala aryani terus memandang ke arah suara itu. Dia melihat Karl sedang berdiri betul-betul di belakang dia.” Errr..yes?” tergagap-gagap aryani jawab.
“ you only have two weeks start from now, 1 week for make a deal with client another 1 week you should completed the paperwork. Please submit to me. Remember! Don’t late.” Agak tegas statement karl. dia berlalu dari pantry selepas Aryani mengangguk paham. Argh! Mr.0ksigen, I cannot breathe!

Nazira memandang Aryani” I think you should start now” aryani senyum tawar..dan mula berjalan untuk masuk bilik.


Jam sudah tepat pukul 8 malam. Aryani masih mengumpul info tentang projek baru.
Dia mula rasa tekanan, otak dia betol-betol kekeringan idea. Aryani masih mencari sesuatu kelainan untuk di bentang kepada clientnya nanti.
Pantas masa berlalu, aryani perlukan rehat. Sudah masa untuk balik..home sweet home.
Awal pagi Aryani sudah mula berkerja, sarapan pun di dalam bilik. Dia nekad untuk buat yang terbaik dalam projek ini. Dia tidak boleh hampakan kepercayaan yang telah di beri oleh Tan Sri. Mungkin ini disebabkan dia adalah anak buah Cik A’liaa. Aryani baru sahaja membaca email yang di balas Puan Hirma. Semalam dia menghantar email untuk dapatkan nasihat dan pendapat. Alhamdullillah, email Puan Hirma cukup memahami dan membantu Aryani. Apa pun penerangan ringkas yang padat dan lengkap perlu dia siapkan untuk temu janji besok.

Aryani masih fokus menghadap skrin komputer, tanpa sedar masa lunch sudah lama berlalu. Kini jam sudah hampir  pukul 630 petang. Karl melangkah keluar dari bilik, dia terpandang susuk tubuh Aryani yang sedang berkemas dan memegang helmet untuk pulang. Karl hanya merenung Aryani. ‘she different..’Dia mengeleng kemudian terus berlalu.




Aryani memasuki building Gamuda Holding, seperti biasa Aryani tiba awal 10 minit. Aryani duduk menunggu Pengarah Urusan sambil memegang pen di tangan. Hati nya cukup berdebar. Ya allah permudahkan la urusan aku..amin..

“hello. Miss Aryani” lelaki cina yang agak berumur duduk di depan Aryani. “ hello Mr. Tan, how are you, nice to meet you” aryani berjabat tangan.
“shall we start? Mr. Tan mengangguk senyum,

Bismillahhir-rahmannir-rahim…

Lebih kurang dua jam setengah kemudian…

“ thanks Mr. Tan for your time and I really appreciate your cooperation today” Aryani tidak lengkang senyum pada Mr. Tan.
“ Its ok, honestly I really like your proposal. Its look like simple but so interesting” Mr. Tan mengeluarkan name card dan menyerahkan kepada Aryani. “ thanks again” Aryani keluar dari Gamuda Holding. Fuhh!..lega rasanya..
Aryani dapat merasakan 90% yang Mr. Tan akan terima proposal tadi. Dalam masa 3 hari lagi, jawapan Mr. Tan akan di faks terus kepada dia. Aryani..sabar la sikit lagi.




Selama menunggu 3 hari yang dijanjikan Mr. Tan, Aryani tidak dapat tidur lena. Hati dia cukup gelisah menunggu jawapan. Aryani harap nasib menyebelahi dia.

Aryani sedang sibuk membaca laporan syarikat, dia memandang bunyi yang datang dari mesin faks. Aryani mencapai dan membaca satu persatu ayat di dalam surat tersebut. 10 saat! Aryani bingkas bangun dan berjalan keluar. Dia mengetuk bilik Tan Sri. Aryani berpeluh seketika.

“ Tan sri, I would like to show you something: aryani menghulurkan surat tersebut.
Jantung aryani semakin laju.  Tan Sri memandang aryani. “ congrate!! This is good news for our company. thanks Aryani.” Tan Sri menekan intercom.” “Please inform all we have a meeting around 15 minutes.” Tan sri memberi arahan.

Aryani melangkah keluar. Ya allah.. aku Berjaya..airmata aryani mengalir tanpa dipinta.
Kalau la aku boleh cerita pada Baba dan mak…


 Bilik mesyuarat sudah dipenuhi semua pengarah urusan bagi setiap jabatan, Karl sedang menunggu kehadiran Tan Sri. Semua yang hadir masih tertanya-tanya kenapa ada meeting secara mengejut termasuk Karl sendiri. Tan sri masuk dengan senyuman yang lebar dan mengambil tempat sambil matanya memandang Karl.

“ saya tahu ramai yang pelik kenapa ada meeting secara mengejut. Ini disebabkan saya tidak sabar untuk memberitahu bahawa kita telah berjaya mendapat tender dengan Gamuda Holding” semua yang hadir sudah menepuk tangan. “ our new Marketing incharge Miss Aryani have do a good job and for your information,this time our contract is for long term agreement” Tan sri menoleh ke arah Karl. wajah karl kelihatan berubah kerana terkejut dengan berita papanya. Tan sri hanya senyum. Ya! Senyum yang bermakna Karl silap memandang rendah pada Aryani.


Tidak putus-putus ucapan tahniah yang di terima Aryani. Tapi Aryani masih menganggap banyak lagi yang perlu dia perbaiki untuk jadi yang terbaik. Ini hanya permulaan.
Selepas makan tengahari, Aryani sibuk membuat checking dan memperbaiki kertas kerja yang perlu dihantar kepada Tan Sri dan Mr. Tan.


Tuk!tuk! “masuk” arah Aryani tanpa memandang ke arah pintu.
“ tahniah..good job and keep it up” Aryani menoleh memandang suara yang amat dia kenal. Mr.0ksigen??

“ err..terima kasih, banyak yang saya kena belajar lagi..” Aryani melarikan wajah nya ada skrin computer. Dia tak nak melayan karl lama sebab kertas kerja perlu disiapkan hari ini juga.

Karl masih berdiri memandang Aryani yang sedang menghadap computer. “ pukul 8 malam, saya ambik awak dekat rumah, pls be punctual!” aryani terus menoleh pada karl, “tapi saya tak boleh nak…” belum sempat aryani habiskan ayat karl sudah potong “ I don’t accept any word ‘NO’ dan terus keluar. Aryani mengeluh.
“sempat ke dengan kerja aku yang belum habis ni…”



Karl menunggu Aryani di depan pagar sambil bersandar di kereta. Mata karl memandang skuter Aryani, dia tersenyum. “unik, tapi agak lurus and selalu blur..hehe dia memang lain dari yang lain” karl lihat aryani sudah keluar dan berjalan ke arahnya. “ kenapa en. Karl, motor saya ada apa2 ke?” aryani membelek skuter nya. Karl mengeleng. “lets go” aryani menutup pintu ‘ actually kita nak kemana yeh?” karl senyum  “ clubbing” Aryani terlopong.

4 comments: