Bab 5: Hati Si bebola Konkrit!
Putra memerhati Lulu di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya, Lulu sedang meletakkan bag pakaian ke dalam boot. Sebentar sahaja lagi mereka akan bertolak ke Pahang.
Putra memerhati Lulu di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya, Lulu sedang meletakkan bag pakaian ke dalam boot. Sebentar sahaja lagi mereka akan bertolak ke Pahang.
Sepanjang perjalanan
Lulu lebih banyak mendiamkan diri, itu lebih baik. Lulu tidak mahu dia dan
Putra menjadi mesra cukuplah sekadar hubungan bos dan pekerja. Putra pun tidak
begitu banyak berbual, dia hanya bercakap tentang kerja bagi mengingatkan Lulu
tentang kerja mereka disana.
Perjalanan yang
mengambil masa lebih kurang 2jam setengah hampir ke penghujungnya bila kereta
Putra mula memasuki di sebuah hotel. Ketibaan mereka disambut oleh pengurus
hotel ini sendiri, bag mereka dibawa masuk bersama oleh pekerja hotel.Mungkin
Putra cukup terkenal,cuma aku je tak kenal dia masa pertama kali berjumpa.
Teruknya kau lulu!
“Lulu ini Taufiq.”
suara Putra membuatkan Lulu tersedar dari melayan perasaan.
“ hai..” Taufiq
memandang tepat ke arah Lulu.
Lulu tersenyum tidak
ikhlas, sikit pun dia tidak hairan dengan kehadiran Taufiq. Malah dia terus
sahaja ke kaunter untuk mendapatkan kunci biliknya. Putra hanya memerhati, dia
dapat merasakan ada sesuatu antara mereka.
Jantung Lulu sekali
lagi berdegup laju, sungguh kuat perasaan ini bila bertemu dengan Taufiq. Ah,
apalah yang ada pada lelaki ini sampai aku jadi begini. Aku cukup benci pada
dia tapi hati aku masih ada rase sisa-sisa merinduinya.
“ ok, bro..aku gerak
dulu. Nanti apa-apa just update je la” Taufiq ingin beredar tapi anak matanya
masih mencuri memandang wajah Lulu. Tugasnya disini sudah selesai kini Putra
akan mengambil alih.
Putra mendekati Lulu
yang masih berada di kaunter, dia hanya memerhati wajah Lulu yang agak tegang.
“ awak ok? Dah kenal dengan
Taufiq??”
“ none your business. Kita datang sini untuk bekerja. So we should focus on that”
“ none your business. Kita datang sini untuk bekerja. So we should focus on that”
Apabila dia sudah
mendapatkan kunci, dia terus meninggalkan Putra yang masih tidak mengerti
dengan situasi tadi.
Putra masih keliru
apa yang sedang terjadi, mood Lulu berubah 360 darjah” secara tiba-tiba.
Syukur Putra memang
seorang lelaki yang penyabar dam positif, dia fikir mungkin Lulu kepenatan yang
membuatkan dia menjadi angin satu badan.
Pintu bilik Lulu di
ketuk bertalu-talu, tidak ada tanda-tanda yang pintu akan di buka. Putra mula
berasa pelik, kemana pulak Lulu pergi. Takkan sudah tidur, jam baru sahaja
mencecah pukul930 malam. Putra terus berlalu, niatnya untuk makan malam bersama
Lulu disimpan sahaja.Makan soranglah nampaknya Putra!
Putra terus berjalan
memasuki café yang terdekat, tidak ada semangat untuk makan di tempat yang agak
jauh, lainlah kalau ditemani Cik Lulu Asmara. Tanpa disedari ada sepasang mata
sedang memerhati Putra yang sedang membuat pesanan makanan. Bibirnya mengukir
senyuman bila sahaja pelayan itu beredar. Langkah di atur dengan penuh bergaya,
banyak mata yang memerhati setiap kali dia melintasi sebelah meja.
Sementara menanti
makanan yang dipesan sampai, mata Putra asyik melihat pemandangan malam dari
tempat duduknya.
“Boleh I duduk?” sapa
seseorang.
Putra memandang tubuh
manusia didepan mejanya kini. belum sampai 5 saat pandangannya terus beralih ke
tempat lain tanpa menjawab pertanyaan tadi.
“ thanks dear”
Raihana dengan tak malu terus menarik bangku didepan Putra.
“ kita jumpa jugak.
Bercuti atau urusan kerja?” Raihana terus mencari perhatian Putra.
“ You dah berjalan
cuci mata? Kalau belum I boleh bawak, kalau you nak tahu dekat sini..” belum
sempat Raihana menghabiskan ayatnya Putra terus bangun dan berlalu meninggalkan
Raihana yang terpinga-pinga dengan tindakan Putra.
“ Syed Arman,
tunggu..” Raihana turut bangun untuk mengejar Putra yang sudah pun keluar
selepas membayar bil pada makanan yang tak sempat dijamah.
“ Arman wait for me!”
Raihana terkedek-kedek mengejar Putra dengan kasut tinggi yang dipakainya.
Telinga Putra mula panas
setiap kali Raihana memanggil-manggil namanya. Langkah dihentikan, dia menanti
Raihana yang masih tergedik gedik berjalan mendekatinya.
“ Arman..” Raihana
tercungap-cungap.
“ apa yang kau nak
dari aku??” Putra terus menyoal.
“ kenapa ni sayang, I
cuma nak borak dengan you. Lama kita tak jumpa kan?” Raihana cuba memainkan
watak baiknya.
“ aku takde benda nak
bercakap dengan kau.” Cukup malas Putra hendak melayan Raihana. Matanya liar
melihat sekeliling mencari ruang untuk lari dari perempuan didepannya ini.
“ kenapa dengan you
ni, tak baik buat I macam ni” Raihana tidak mahu melepaskan peluang yang ada.
Selama ini cukup susah untuk berjumpa dengan Putra, dia pasti dapat melarikan
diri.
Percakapan Raihana
langsung tidak masuk ke telinga, matanya terlihat kelibat seseorang yang amat
dikenalinya. Putra terus melangkah meninggalkan Raihana yang sedang rancak
mengatur ayat manis.
Laju langkah Putra
mendekati tubuh manusia yang sedang berdiri menikmati udara malam.
“ Lulu?” Putra perlu
pastikan dia tidak salah orang.
“eh, Encik Arman?”
Lulu menoleh pada suara yang memanggilnya.
“ buat apa kat sini?”
Putra terus menyoal.
“ saya..” belum
sempat ayat Lulu diteruskan Raihana sudah berdiri disebelah Putra.
“ Arman ni..” Raihana
mula melihat Lulu dari bawah sampai ke atas.
“ ini bakal isteri I”
terus dicapai tangan Lulu dan di genggam erat.
“what???” wajah
Raihan benar-benar terperanjat.
Lulu turut terkaku
mendengar pengakuan Putra. Dipandang wajah Putra meminta penjelasan,Lulu ingin
membuka mulut tapi Putra lebih pantas bertindak dengan merangkul kemas
pinggangnya.
Melihat
kelakuan Putra membuatkan Raihana sungguh tidak berpuas hati. Bagai dihentak
batu diatas kepala bila melihat buat kali pertama Putra menyentuh seorang
perempuan.
“ tunggu
nasib you!” Raihana terus berjalan meninggalkan Putra dan Lulu.
“ ishh!
Lepaslah, apa semua ni??”
“ maaf,
saya tak larat nak layan si Raihana tu”
“ tak
kisahlah Raihana ke banana ke apa yang awak cakap tadi? so saya jadi mangsa
sekarang ni?”
“ sorry
ok, by the way awak buat apa dekat sini sorang? Saya ingat awak tido,sebab
banyak kali saya ketuk pintu bilik.” Putra sudah mengubah topik perbualan
diantara mereka.
“ saya
jalan ambik angin, bosan duduk bilik” muka Lulu mula tenang.
“ oh..
awak dah makan? Jom kita makan sama”
“ saya tak
rasa nak makan, saya naik bilik dulu”
“ Lulu,
please teman saya makan”
Lulu
merenung kosong wajah Putra, dia tidak tahu hendak memberi alasan apa pada
Putra. Perlukah dia menemani Putra atau pun tidak. Argh! dia tak suka semua ni.
Tanpa
menunggu lama Putra terus menarik lengan Lulu. Dia terus berjalan membawa Lulu
ke sebuah restaurant yang berdekatan.
“ kenapa
paksa-paksa orang ni..tak suka la” Lulu mula rasa marah pada Putra.
“ kita dah
sampai dah pun” Putra terus mencari tempat untuk mereka duduk.
“ lepaslah..apa
ni main tarik-tarik. Tak suka la”
“duduk”
tegas suara Putra meminta Lulu duduk.
“ saya
takkan paksa awak makan, cuma temankan saya pun dah ok.”
Putra
terus membelek-belek buku menu,sesungguhnya ulat perutnya sudah menyanyi
meminta untuk di isi sesuatu.
Lulu hanya duduk memerhati sekeliling,tidak
tahu hendak buat apa sementara menunggu Putra menghabiskan makanannya. Kalau
ikutkan mata, dia sudah pun mula berasa mengantuk, bantal..rindunya aku pada
bantal.
Putra
perasan perubahan Lulu yang sudah terhangguk-hangguk, tapi dia sengaja
melambatkan-lambatkan baki nasi goreng di pinggan. Bukan senang nak duduk
berdua dengan Lulu, kesempatan ini harus di gunakan sebaik mungkin.
“Awak..”
Putra mula bersuara.
“Hmm..?”Lulu
memandang pelik Putra yang tiba-tiba bersuara.
“ awak
mengantok?”
“
sikit..takpelah habiskan nasi tu”
“saya dah
habis, jom?”
Selesai
membayar,Putra mendapatkan Lulu yang menantinya dia ruang depan restaurant.
“should we?”
“Encik naik dulu ye,
saya nak ambik angin. Selamat malam. Assalammualaikum”
Putra kehairanan
melihat Lulu berjalan meninggalkannya.” Bukan tadi dia dah mengantuk ke?” Putra
bertanya pada diri sendiri.
Sikit pun Lulu tidak
menoleh kepada Putra yang di tinggal dibelakang. Dia ingin menyambung kembali
aktiviti mengambil angin yang terganggu tadi.
Betapa tenangnya jiwa
bila dapat menikmati suasana malam tanpa gangguan bunyi. Ditambah pula angin
malam yang sejuk membuatkan Lulu berpeluk tubuh berjalan meniti laluan khas
untuk pengunjung di sini.
“sabar ye” Nurul cuba
menenangkan Lulu yang sedang menangis, hatinya begitu hancur dengan kelakuan
Taufiq. Ibarat perasaan dan maruahnya dipijak-pijak dengan begitu mudah.
“sikit pun dia tak
pandang aku Nurul”
Nurul hanya mampu
mengeleng. Ya, dia melihat segalanya, Taufiq tidak langsung memandang wajah
Lulu ketika mereka memulangkan barang Taufiq.
Bukan itu sahaja, dua
hari lepas Nurul dan Lulu ada berselisih dengan Taufiq di fakulti. tetapi Taufiq
sikit pun tidak memandang hanya Intan
yang menjeling kearah mereka.
Nurul menjadi saksi
sebentar tadi, ketika Lulu menghulurkan barang Taufiq, dia pasti Lulu cuba
ingin mendapatkan penjelasan dari mulut Taufiq tapi hampa. Taufiq melihat ke
tempat lain tanpa mengendahkan Lulu. Kawan baiknya itu diperlakukan seperti
insan yang cukup hina dimata Taufiq. Ke mana entah mata yang pernah bercahaya
dengan cinta dan kasih sayang yang dimiliki Taufiq.
“Nurul aku merana”
Lulu berbisik pada dirinya sendiri. Kenangan itu tidak pernah hilang dari hati
dan kotak pemikirannya.
Airmata Lulu jatuh
dipipi tanpa dipinta,cepat-cepat dia mengesat kerana baginya dia tak nak
menangis untuk lelaki seperti itu lagi!
“awak…” suara garau
itu cukup dekat dicuping telinga Lulu.
Apabila Lulu menoleh
dia melihat Putra elok sahaja berdiri di sebelahnya. Sudah lamakah Putra disini???
“ macam mana encik
ada dekat sini? Eh, maksud saya apa encik buat disini?” Lulu sudah mengelabah
takut Putra perasan yang matanya masih berair.
“ saya risau pasal
awak..” perlahan sahaja suara Putra seperti berbisik saja bunyinya.
Mata Putra merenung
tajam Lulu yang masih kebisuan apabila mendengar jawapan Putra.
Senyap….dan senyap….
“arghh…kenapa
masing-masing diam pulak ni” Lulu merungut di dalam hati.
“awak perempuan,
bahaya jalan sorang-sorang” akhirnya Putra bersuara.
“owh..da biasa”
Lulu terus berjalan
meninggalkan Putra di belakang sekali lagi.
“keras mana pun
seorang wanita pasti ade sesuatu yang dapat melembutkan hatinya” Putra
berkata-kata pada dirinya ketika melihat Lulu terus melangkah dan semakin jauh
meninggalkannya.